Theo Walcott berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan Liga Europa ketika Arsenal berjaya menewaskan BATE 4-2.
Namun gol jaringan Giroud lebih mencuri tumpuan apabila jaringan beliau pada minit ke-49 melalui sepakan penalti pagi tadi berjaya merekodkan gol ke-100 peribadi beliau bersama Arsenal.
Pada perlawanan pagi tadi, Walcott terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan Arsenal pada minit ke-9 sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-22 untuk meletakkan Arsenal didepan 2-0.
Tiga minit selepas itu, Holding berjaya meletakkan Arsenal dikedudukan selesa apabila menjaringkan gol ketiga Arsenal selepas bola tandukan Mertesacker jatuh tepat dikaki beliau sebelum Holding menolak bola masuk ke gawang gol.
Gol itu juga merupakan gol pertama Holding dalam saingan kompetitif bersama Arsenal.
Fakta jaringan gol oleh Giroud:
100 - Olivier Giroud Goals— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2017
Outside box 4
Inside box 96
Penalties 6
Left foot 59
Right foot 10
Headers 31
Scorpion kick 1
Century
Highlight perlawanan