Arsenal bakal memulakan saingan EFL Cup ataupun lebih dikenali League Cup apabila menerima kunjungan Doncaster awal pagi Khamis jam 2.45 pagi waktu Malaysia.
Kejohanan ataupun pertandingan yang telah mengalami beberapa kali penjenamaan (mengikut nama penaja) kini dikenali dengan Carabao Cup.
Kejohanan ataupun pertandingan yang telah mengalami beberapa kali penjenamaan (mengikut nama penaja) kini dikenali dengan Carabao Cup.
Arsenal bakal berdepan Doncaster dipusingan ketiga dan kebiasaan-nya pada kejohanan ini Wenger sentiasa menurunkan pemain-pemain muda bagi memberi pendedahan kepada mereka.
Sebagai contoh, Arsenal telah memperkenalkan ataupun memberi peluang kepada Jack Wilshere dalam membuat debut pada kejohanan ini yang dikenali ketika itu dengan Carling Cup, sembilan tahun lalu.
Penampilan Wilshere ketika itu pada usia 16 tahun 8 bulan dan 22 hari dalam menentang Sheffield United yang berkesudahan Arsenal memperolehi kemenangan besar, 6-0 pada 23 September 2008.
Berikut adalah kesebelasan utama Arsenal menentang Sheffield United pada 23 September 2009.
Berikut adalah kesebelasan utama Arsenal menentang Sheffield United pada 23 September 2009.
Posisi | Nama Pemain | Umur |
---|---|---|
Goalkeeper | Lukasz Fabianski | 23 tahun |
Defenders | Johan Djourou | 21 tahun |
Gavin Hoyte | 18 tahun | |
Kieran Gibbs | 18 tahun | |
Midfielders | Aaron Ramsey | 17 tahun |
Alex Song | 21 tahun | |
Jack Wilshere | 16 tahun | |
Fran Mérida | 18 tahun | |
Mark Randall | 20 tahun | |
Strikers | Nicklas Bendtner | 20 tahun |
Carlos Vela | 19 tahun |
Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh :
➲ 1:0 Nicklas Bendtner (Assist: Carlos Vela)
➲ 2:0 Nicklas Bendtner (Assist: Aaron Ramsey)
➲ 3:0 Carlos Vela (Assist: Nicklas Bendtner)
➲ 4:0 Carlos Vela (Assist: Kieran Gibbs)
➲ 5:0 Jack Wilshere (Assist: Fran Mérida)
➲ 6:0 Carlos Vela (Assist: Aaron Ramsey)
➲ 2:0 Nicklas Bendtner (Assist: Aaron Ramsey)
➲ 3:0 Carlos Vela (Assist: Nicklas Bendtner)
➲ 4:0 Carlos Vela (Assist: Kieran Gibbs)
➲ 5:0 Jack Wilshere (Assist: Fran Mérida)
➲ 6:0 Carlos Vela (Assist: Aaron Ramsey)
*Francis Coquelin (18 tahun) yang berada dibangku simpanan masuk pada minit ke-71 menggantikan Fran Mérida.
Walaupun membariskan pemain-pemain muda pada kejohanan ini, Arsenal mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Burnley ditempat lawan 2-0.
Kejohanan ini dimenangi oleh Manchester United selepas menewaskan Spurs melalui penentuan sepakan penalti, 4-1.
Perlawanan Akhir EFL Cup 2009: Man.United vs Spurs |
Manakala pemain muda lain seperti Abou Diaby ketika itu berusia 20 tahun dan Philippe Senderos 21 tahun; dan pasukan ini dilihat lebih berjaya apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Namun, sayangnya pasukan muda ini gagal menyaingi kehebatan pasukan Chelsea yang mempertaruhkan barisan terkuat dan berpengalaman mereka apabila tewas 2-1.
Perlawanan Akhir EFL Cup 2006/07: Chelsea vs Arsenal |
Video Perlawanan
Namun adakah ianya bakal berlaku sekali lagi pada musim ini selepas hampir 10 tahun Wenger mempertaruhkan pemain muda pada kempen EFL ataupun League Cup ini.
Selepas terkeluarnya Arsenal daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, dilaporkan dimana sasaran utama Arsenal adalah untuk menjuarai liga dan kesempatan ini mungkin memberi peluang kepada pemain muda.
Namun, jika dilihat secara keseluruhan situasi yang melanda Arsenal ketika ini, mungkin peluang pemain muda agak terhad pada musim ini terutamanya saingan EFL Cup.
Ketika penulis menjangkakan Wenger bakal menurunkan beberapa pemain muda dalam skuad Arsenal bagi saingan Europa, namun apa yang terjadi adalah Wenger menurunkan skuad kedua terkuat Arsenal.
Dan boleh dikatakan ketika ini ramai pemain-pemain senior yang sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal.
Adakah ianya bakal menjadi pentas buat pemain senior dan muda untuk beraksi?
Pemain-pemain senior ini juga perlu beraksi bagi menjamin tahap kecergasan mereka walaupun boleh dikatakan mereka tidak berada dalam perancangan Wenger musim ini (gagal untuk dijual).
Walaupun dikatakan tiada dalam perancangan Wenger, namun kecergasan mereka perlu diberi perhatian jika mahu melepaskan (jual) pada jendela perpindahan Januari nanti.
Mungkin masa untuk Theo Walcott dan Chuba Akpom beraksi pada saingan EFL Cup nanti apabila menentang Doncaster. Mungkin juga Debuchy dan Elneny turut beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal.
Arsenal setakat ini hanya memenangi dua kali EFL Cup (tahun 1987dan 1993) selain lima kali menjadi Naib Juara (1968, 1969, 1988, 2007, 2011).
Kali terakhir Arsenal berada dipentas akhir adalah pada tahun 2011 sebelum tewas kepada Birmingham City 2-1.
Birmingham City 2-1 Arsenal | Carling Cup Final 2011
Arsenal : Szczesny, Sagna, Koscielny, Djourou, Clichy, Rosicky, Nasri, A.Song, Wilshere, Arshavin (Chamakh 77) ,Van Persie (Bendtner 69).
Substitutes : Almunia, Squillaci, Eboue, Gibbs, Denilson, Chamakh, Bendtner
Birmingham : Foster, Carr, Johnson, Ridgewell, Jiranek, Bowyer, Larsson, Gardner (Beausejour 50), Ferguson, Fahey (Martins 83), Zigic (Jerome 90+2).
Substitutes : Taylor, Murphy, Parnaby, Beausejour, Phillips, Jerome, Martins