Masih relevankah EFL sebagai medan pendedahan pemain-pemain muda kelab EPL


Pengenalan.
English Football League (EFL) yang diasaskan pada tahun 1888 meraikan ulang tahun ke 125 penubuhannya pada tahun 2013.

Idea asal penubuhan Liga Bolasepak ini bermula apabila setiausaha kelab Aston Villa, William McGregor pada Mac 1888 mengutuskan surat kepada kelab bolasepak di England yang mencadangkan dimana 10 atau 12 kelab terkenal di England ketika itu untuk bergabung mengadakan perlawanan 'home-and away' setiap musim.

Surat McGregor itu akhirnya menjadi pemangkin kepada terciptanya liga bolasepak yang mana sehingga kini selepas 125 tahun masih menguasai landskap sukan bolasepak di seluruh dunia.

Trofi pertama Piala Liga (EFL CUP).
EFL Cup
Selepas wujudnya liga, kemudian terciptalah piala kejohanan. Selain Kejuaraan Liga, Piala FA dan Piala Perisai Komuniti, Piala EFL juga dicipta atau diadakan.

Dan kejohanan Piala EFL ini adalah anjuran daripada badan yang dikenali English Football League (EFL) yang bertanggjawab dalam dalam menguruskan liga bolasepak Inggeris sebelum 22 pasukan berpisah daripada liga ini membentuk Liga Perdana pada tahun 1992.

Dan badan ini ketika ini hanya bertanggjawab bagi liga :
⏩⏩ EFL Championship
⏩⏩ EFL League One
⏩⏩ EFL League Two
Tujuan
Idea atau tujuan asal Piala ataupun kejohanan ini yang diwujudkan pada musim 1960/61 adalah bagi memberi peluang kepada pasukan ataupun kelab yang tersingkir daripada saingan Piala FA.

Disamping memberi peluang kepada kelab untuk menjana pendapatan setelah kekurangan jumlah perlawanan.

Selain Piala, dahulu (1960an) pemenang juga menerima 'tankard' (mug beer yang diperbuat daripada perak ataupun pewter. Hari ini pemenang menerima medal/pingat selain Piala Kejohanan.
Masih relevankah EFL sebagai medan pendedahan pemain-pemain muda kelab EPL?

Pada permulaan musim 2010/11 Liga Perdana Inggeris telah memperkenalkan peraturan baru mengenai saiz dan bilangan pemain didalam sesebuah kelab.

Setiap kelab hanya dibenarkan untuk mendaftar (maksimum) 25 pemain profesional. 

Dan daripada 25 senarai pemain tersebut, sekurang-kurangnya lapan pemain mestilah pemain 'homegrown' yang telah melalui sistem pembangunan domestik (akademi kelab naungan Persatuan Bolasepak England).

Perubahan itu peraturan ini adalah bagi menggalakkan pasukan untuk membangunkan bakat mereka sendiri (pemain muda) daripada akademi.

Pun begitu, bagi pemain yang berumur bawah 21 tahun masih boleh digunakan dalam saingan liga walaupun tidak disenaraikan dalam senarai 25 pemain tadi.

Dan ini bertujuan memberi insentif dan galakan kepada kelab untuk menandatangani pemain lain - 'homegrown' disamping memastikan bakat-bakat muda didalam Liga Inggeris sentiasa berkembang.

Namun kini secara realitinya, kebanyakkan kelab besar dan ternama lebih gemar memborong pemain walaupun kebanyakkan daripada mereka tidak diperlukan sehinggakan terpaksa meminjamkan mereka kepada kelab lain (domestik dan luar negara).

Kelab-kelab besar ketika ini memiliki ramai pemain didalam skuad mereka bagi menjamin kualiti dan pemain yang mencukupi bagi menghadapi sesuatu saingan lebih-lebih lagi apabila bersaing dalam pentas Eropah.

Lambakan pemain dikelab-kelab besar ini ataupun dipanggil 'stockpiling players' juga memberi kesan buruk kepada bakat-bakat muda bersama kelab-kelab besar dan ternama.

Arsenal pada satu ketika pernah mengamalkan polisi begini sebagaimana dicerita pada : MAMPUKAH PEMAIN MUDA ARSENAL BERSAING DIDALAM EFL CUP.

Dan boleh dikatakan Arsenal ketika ini sukar untuk mengetengahkan bakat muda sebagaimana dilakukan mereka pada musim 2006/07 dan juga 2008/09.

Wilshere masih mencari peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal.
Bukan sahaja Arsenal malahan kelab-kelab lain seperti Manchester United, Manchester City dan Spurs serta Chelsea turut sama mengalami masalah dalam isu ini.

United kemungkinan bakal menurunkan pemain pertahanan kiri yang gagal memikat pengurus mereka, Jose Mourinho musim lalu iaitu Luke Shaw.  Dan minggu lalu posisi tersebut menjadi milik pemain pertahanan berusia 32 tahun, Ashley Young.
Luke Shaw, 22 tahun gagal memikat Mourinho musim lalu.
Begitu juga dengan City, dimana ketika ini kelab tersebut memiliki ramai pemain senior yang dikatakan tidak berada didalam perancangan Pep Guardiola namun gagal untuk dijual pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Kemungkinan City bakal menurunkan Eliaquim Mangala ketika menghadapi West Bromwich Albion pada awal pagi Khamis nanti, ketika perhatian diberikan kepada pemain muda mereka Phil Foden ( 17 tahun) dan Brahim Diaz (18 tahun) sama ada pemain ini berjaya mendapat kepercayaan Guardiola untuk beraksi pada saingan EFL Cup atau tidak.

Eliaquim Mangala, 26 tahun yang dipinjamkan City kepada  Valencia musim lalu. 
Spurs pula tidak memiliki banyak pilihan pemain kerana rata-rata pemain sedia ada sekarang adalah hasil pembangunan skuad muda mereka dan tidak ramai pemain baru yang dibawa masuk mereka dalam dua musim terkini.

Kemungkinan Spurs bakal menurunkan pemain muda seperti Tashan Oakley-Boothe (17 tahun) namun kelibat seorang lagi pemain muda berbakat Spurs, Marcus Edwards bakal disisihkan ekoran masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami beliau.

Marcus Edwards masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Manakala Chelsea pula lebih teruk memandangkan hampir kesemua pemain muda berbakat mereka telah diberi pinjam kepada kelab-kelab lain.

Dan dijangkakan hanya beberapa pemain muda mereka sahaja bakal beraksi menentang  Nottingham Forest pada saingan Piala EFL.

Walaupun tujuan asal Piala ataupun Kejohanan ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada kelab-kelab yang tersingkir daripada saingan Piala FA dan untuk sebahagian kelab menjana pendapatan (hasil jualan tiket dan broadcasting) namun ianya adalah menarik untuk disaksikan jika kelab-kelab ternama dan besar lebih mengutamakan bakat-bakat muda.

Dan ianya bukanlah medan untuk pemain pinjaman ataupun untuk skuad mega beraksi dalam mempamerkan kehebatan namun ianya adalah lebih kepada skuad pembangunan bagi kelab-kelab besar dan ternama ini.

Amat merugikan jika bakat-bakat muda didalam kelab-kelab ternama tidak dapat beraksi dalam salah satu saingan domestik yang boleh dianggap pentas terbaik untuk mereka mencipta nama dan kenyakinan diri.

Post a Comment

Previous Post Next Post