Mbappé dedah beliau hampir sertai Arsenal.


Jendela perpindahan telah pun ditutup ketika ini dan bakal dibuka semula pada Januari tahun hadapan (2018).

Walaupun berita ini tidaklah begitu menyenangkan peminat dan penyokong Arsenal namun dalam laporan terkini yang disiarkan oleh Daily Mail, mendedahkan dimana Mbappe telah menolak peluang untuk menyertai Arsenal.

Dalam laporan tersebut, Kylian Mbappé mengesahkan dimana beliau telah bertemu dengan Arsene Wenger dan hampir menyertai Arsenal pada jendela perpindahan lalu.

Beliau bagaimanapun memilih Paris Saint-Germain (PSG) pada hari terakhir jendela perpindahan dan mengakui tawaran menyertai Arsenal dibuat oleh Wenger terhadap beliau.

"Ya ianya adalah benar, saya berjumpa dengan Arsene Wenger dan beliau merupakan seorang jurulatih hebat"

"Beliau mempunyai reputasi yang hebat di Perancis serta sangat dihormati. Dan beliau juga tahu bagaimana membangunkan serta membentuk pemain muda."




Tolak tawaran sertai Arsenal
Walaupun mengakui dimana Arsenal merupakan salah satu pilihan buat beliau untuk berpindah pada musim ini, namun akhirnya beliau lebih tertarik menyertai pasukan PSG yang mana merupakan kelab dinegara kelahiran beliau dan dimana beliau membesar ketika ini. 

Beliau turut mengakui sukar untuk membuat keputusan kerana ianya melibatkan jangka masa panjang mengenai perkembangan beliau selaku pemain bolasepak. 

Dan akhirnya, beliau memilih PSG setelah melakukan penilaian terhadap kedua-dua kelab tersebut. 

“We weighed up the advantages and disadvantages of all the clubs but my family told me it had to be my decision and one I needed to make. It also had to be a long-term decision. So it was up to me and I decided to come here in order to develop.”

Pemain berusia 18 tahun itu melengkapkan perpindahan ke PSG secara pinjaman (satu musim) dengan klausa kontrak dimana PSG berhak membeli pemain tersebut daripada Monaco dengan nilai €180juta pada musim hadapan.

Post a Comment

Previous Post Next Post