Sanchez 'penat' dengan kritikan


Alexis Sanchez antara salah seorang pemain Arsenal yang menerima kritikan ketika ini selain Mesut Ozil.

Situasi berbeza dialami diantara kedua-dua pemai ini. Jika Ozil dikritik ekoran prestasi beliau bersama Arsenal yang dikatakan tidak setimpal dengan nilai beliau manakala Sanchez pula dikritik ekoran prestasi beliau bersama skuad Kebangsaan Chile.

Ozil bagaimana pun mendapat pujian dalam aksi beliau bersama skuad Kebangsaan Jerman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia.



Sanchez yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Manchester City pada saat akhir jendela perpindahan lalu dikritik hebat oleh media antarabangsa gara-gara kekalahan berturut-turut Chile dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2018.

Chile tewas 3-0 kepada Paraguay (31 Ogos 2017) sebelum mengalami kekalahan kedua pada 5 Septemer lalu  kepada Bolivia (0-1).

Kekalahan dua perlawanan tersebut meletakan Chile kini berada ditangga keenam zon kelayakan Amerika Selatan.

Rank Negara P M S K Mata
1 Brazil 16 11 4 1 37
2 Uruguay 16 8 3 5 27
3 Colombia 16 7 5 4 26
4 Peru 16 7 3 6 24
5 Argentina 16 6 6 4 24
6 Chile 16 7 2 7 23

Dan Sanchez seolah-olah membidas pengkritik pada tulisan beliau dilaman sosial Instagram.



Tulisan beliau itu diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris berbunyi:

"You get tired of being criticized with reason and without reason, you get tired of wanting to be defeated, you get tired of saying to yourself "once more I'll get up" after crying after a defeat, and you get tired of telling the world and people who are with you, that everything is going well."

"And the worst, that no one ever realizes how that makes you feel... I wear the number seven of Chile and it is a huge responsibility, that's why I'm sorry that journalists and bad people criticize without knowing."



Namun sesuatu yang menarik juga pada status terkini Sanchez, apabila beliau memuatnaik status yang mana beliau mahu memberi perhatian ataupun fokus terhadap Arsenal (setelah kembali daripada tugasan bersama skuad negara Chile).


A post shared by Alexis Sanchez (@alexis_officia1) on

Post a Comment

Previous Post Next Post