'Mesej' Cazorla kepada peminat


Pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla yang tidak beraksi semenjak Oktober lalu kerana masalah kecederaan yang memaksa dia menjalani lapan operasi yang mengejutkan.

Walaupun tidak berada dalam senarai 25 pemain Arsenal bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim ini yang dikeluarkan baru-baru ini, namun ianya tidak bermakna beliau disingkirkan terus daripada skuad Arsenal.

Beliau masih mampu beraksi pada Januari tahun depan setelah jendela kedua perpindahan dibuka dan ianya juga bergantung keadaan ataupun tahap kecergasan beliau.

Mesej terbaru daripada beliau (empat hari lalu) menunjukkan dimana beliau kini berusaha keras bagi mengembalikan tahap kecergasan beliau selepas menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan beliau.

Kami mendoakan agar beliau segera sembuh dan mampu beraksi pada Januari nanti.

"Oooo...Santiii...Cazorlaaa..."


 “Training hard! Pushing harder!”

A post shared by Santi Cazorla (@santicazorla) on

Post a Comment

Previous Post Next Post