Pemain baru Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain ambil peluang puji Jurgen Klopp dalam temuramah pertama beliau bersama kelab itu.

Bekas pemain tengah Arsenal yang menyertai Liverpool pada jendela perpindahan baru-baru ini turut menceritakan mengapa beliau memilih Liverpool berbanding Chelsea dan juga menolak tawaran kontrak baru bersama Arsenal.

Beliau menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan £35 juta dan menolak tawaran kontrak baru daripada Arsenal yang menawarkan gaji sebanyak £180,000 seminggu.

Dilaporkan beliau hanya menerima £120,000 seminggu daripada Liverpool.




Dalam temuramah pertama beliau bersama Liverpool, beliau begitu memuji pengurus pasukan itu, Klopp serta mendedahkan punca sebenar mengapa beliau memilih Liverpool.

Chamberlain mendedahkan bahawa Klopp merupakan faktor utama mengapa beliau memilih Liverpool dan menolak Arsenal serta Chelsea.

Beliau begitu yakin Klopp mampu membawa beliau ketahap baru (seterusnya) dalam membentuk beliau sebagai pemain yang mampu mencipta nama pada masa hadapan.

Pendedahan beliau ini bagaikan menafikan kebolehan Wenger untuk membentuk beliau untuk menjadi pemain ternama sebagaimana keyakinan beliau terhadap Klopp.


Sebahagian daripada temubual tersebut:

"Even as a neutral watching him (Klopp) last season, you (could see) he's a really interesting character and someone that seems very inspiring for people that aren't even involved in the club. Watching him, (you see) his passion and how much he cares about the game."

"First of all, what he's achieved, you respect that straight away and how much he knows about the game, and then all his extra attributes - his relationships with the players and how he pushes you, encourages you and what he demands from you - that's like a bonus. That's what makes him special in my eyes."

"That's one of the reasons why I felt like he was the man I'd want to come and play for because I feel like he could really push me and hopefully get the best out of me and take me to the next level, for sure."

Post a Comment

Previous Post Next Post