Ribuan penyokong Cologne cetus kekecohan di Stadium Emirates pada perlawanan saingan Liga Europa diantara Arsenal menentang Cologne.

Kehadiran penyokong Cologne yang dianggarkan seramai 20,000 pada pertembungan Arsenal menentang Cologne dalam saingan Liga Europa menyebabkan perlawanan tersebut dilewatkan sejam daripada waktu asal.

Difahamkan dimana tiket untuk penyokong pasukan lawan hanya dibekalkan ataupun diperuntukan sebanyak 3,000 keping namun kehadiran mereka yang melebihi tiket yang diperuntukan mula mencetuskan kekecohan apabila gagal mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan ini.
Up to 3,000 away tickets were sold but an estimated 20,000 German fans descended upon the Emirates ahead of kick-off. This led to congestion and clashes with police, stewards and Arsenal fans before the game.
Kekecohan ini hampir menyebabkan perlawanan ini dibatalkan dan ditunda kepada tarikh baru namun kehadiran polis berjaya mengawal keadaan diluar stadium.



Manakala didalam stadium pula keadaan turut menjadi kecoh apabila terdapat sebahagian penyokong daripada Jerman yang menyokong Cologne memiliki tiket diruang tempat duduk tuan rumah.
Thousands of Koln fans had initially bought tickets for the game in the sections designated for Arsenal fans. Many of them were seen disguising themselves as Arsenal fans for the occasion.
Perlawanan ini akhirnya ditunda lewat sejam yang sepatutnya bermula jam 8.05 malam (waktu UK) ke jam 9.05 malam setelah pihak keselamatan dan UEFA memutuskan untuk meneruskan perlawanan ini dengan mengambil kira faktor 'best and safest' bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Video kehadiran penyokong Cologne dan kekecohan yang dicetuskan mereka.





Post a Comment

Previous Post Next Post