Conte Sindir Wenger


Pengurus Chelsea, Antonio Conte dalam sidang media (pre-match press conference) menjelang pertembungan menentang Arsenal Ahad ini menyindir Arsene Wenger.

Chelsea bakal menerima kunjungan Arsenal pada pertembungan Ahad ini bagi perlawanan kelima Liga Perdana dan berusaha mencari kemenangan keempat berturut-turut didalam saingan liga.

Pasukan kendalian Conte kini berada ditangga ketiga liga dengan mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan berbanding Arsenal yang kini berada ditangga ke-11 liga dengan mengumpul enam mata hasil daripada dua kemenangan dan dua kekalahan.



Walaupun mengalami kekalahan pada pertembungan Piala Perisai Komuniti bulan lalu, namun pasukan Chelsea tidak pernah tewas kepada Arsenal ditempat sendiri semenjak tahun 2011.

Arsenal muncul juara Piala Perisai Komuniti menewaskan Chelsea 4-1 melalui penentuan sepakan penalti.
Kekalahan 4-0 Arsenal kepada Liverpool menjadi titik mula kempen #WengerOut musim ini dan Conte dalam sidang media tersebut menegaskan dimana beliau tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di Arsenal sebaliknya beliau hanya fokus kepada Chelsea.
I don’t care nothing about Arsenal’s situation, I care about Chelsea’s
Chelsea berada pada 'mood' terbaik mereka apabila berjaya menewaskan Qarabag 6-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah Selasa lalu dan mendapat kelebihan masa rehat dua hari berbanding Arsenal yang baru beraksi pada saingan Liga Europa awal pagi tadi.

Dan Conte yang ditanya mengenai persiapan dan perkembangan menjelang pertembungan Ahad nanti dalam nada menyindir mempersoalkan mengapa Arsenal gagal dalam memburu kejuaraan liga sedangkan Arsenal memiliki ramai pemain yang berkualiti.
I don’t understand why they can’t fight for the title, they lost only one player but kept all the rest. They have many top players.
Walaupun Chelsea memiliki kelebihan rehat dua hari berbanding Arsenal, namun Conte tidak menganggap itu bukanlah satu kelebihan buat beliau memandangkan Wenger telah merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan menentang Cologne awal pagi tadi (waktu Malaysia).
I have watched the game Wenger rotated a lot of players and were rested for the game against us, it is not an advantage - Conte
Dan beliau turut menyifatkan adalah penting untuk memenangi perlawanan menentang Arsenal memandangkan Arsenal merupakan salah satu kelab yang mampu menjuarai liga musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post