Petr Cech masih 'dahagakan' kejuaraan


"I want to match Chelsea trophy haul with Arsenal but I don't have 10 years left"

Cech telah memenangi 15 kejuaraan selama 11 tahun beliau bersama Chelsea dimana beliau telah berjaya merangkul empat kejuaraan liga, empat Piala FA dan sekali Juara Liga-Liga Eropah.
  • Premier League (4x): 2004–05, 2005–06, 2009–10, 2014–15
  • FA Cup (4x): 2006–07, 2008–09, 2009–10, 2011–12
  • Football League Cup (3x): 2004–05, 2006–07, 2014–15
  • FA Community Shield (2x): 2005, 2009
  • UEFA Champions League (1x): 2011–12
  • UEFA Europa League (1x): 2012–13
Jumlah : 15 Kejuaraan

Dalam laporan terkini, Cech melahirkan rasa bimbang beliau dimana beliau mahukan kejuaraan namun tidak mempunyai banyak masa yang tinggal memandangkan beliau kini telah pun berusia 35 tahun.

Beliau yang masih dahagakan kejuaraan mahukan sekurang-kurangnya menyamakan rekod pencapaian bersama Chelsea dimana beliau memenangi 15 kejuaraan.

Petr Cech fears it would take him "10 years" to match his Chelsea trophy haul at Arsenal. - ES

Sebaliknya Cech yang memasuki musim ketiga bersama Arsenal hanya mampu merangkul kejuaraan sebanyak :
  • FA Cup (1): 2016–17
  • FA Community Shield (2): 2015, 2017
Cech dalam laporan itu juga menegaskan dimana beliau bertekad untuk membantu Arsenal merebut kejuaraan liga yang kali terakhir dimenangi Arsenal pada musim 2003/2004.

Arsenal Invincibles 2003/04 - Kejuaraan liga terakhir (setakat ini) dimenangi Arsenal

"On arriving at the club, I said to myself, 'Okay, Arsenal have not won the Premier League in 10 years but I want to be the one who helps them win the title'" - petikan kata-kata Cech sewaktu menyertai Arsenal.

Cech turut menyentuh dimana skuad Arsenal ketika ini tidak mempunyai semangat untuk menang (winning mentality) namun itu tidak menghalang beliau untuk bersara lebih awal memandang beliau masih dahagakan kejuaraan serta mahu mencipta kejuaraan bersama Arsenal.

"My dream today would be to win as much with Arsenal as with Chelsea but I do not think I have ten years left me for that."

Skuad Arsenal ketika ini hanya memiliki dua pemain yang pernah menjulang Piala Juara Liga iaitu Cech dan Danny Welbeck yang memenangi kejuaraan bersama Manchester United.

Dan berdasarkan itu, pemain Arsenal yang lain sepatutnya mempunyai sikap 'lapar' kejuaraan liga.

Serta kedua-dua pemain tersebut sepatutnya juga mampu memberi sokongan dan dorongan kepada pemain-pemain lain untuk merasai pengalaman dan kenikmatan menjuarai liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post