Liga lain bakal ikut Liga Perdana Inggeris

Richard Scudamore
Pengerusi Eksekutif Liga Perdana, Richard Scudamore  yakin liga lain (Eropah) turut bakal menukar tarikh tutup jendela perpindahan sebagaimana England lakukan pada musim depan (2018/19).

Liga Perdana Inggeris dilaporkan telah menukar tarikh akhir bagi jendela perpindahan berkuatkuasa musim depan apabila mengumumkan tarikh penutupan proses perpindahan pemain musim 2018/19 pada 9 haribulan Ogos 2018 (jam 5 petang).


Namun kelab masih mampu untuk melakukan proses penjualan pemain selagi jendela perpindahan tidak ditutup (31 Ogos 2018). 

Ianya hanya melibatkan urusan pembelian pemain dan pendaftaran pemain baru sahaja.



Scudamore percaya bahawa liga lain seperti LaLiga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1 bakal mengikuti langkah Liga Perdana Inggeris ini.

Beliau turut mendedahkan dimana Bundesliga akan mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan hal ini begitu pihak UEFA juga turut mempertimbangkan mengenai tarikh penutupan ini.

"I do think others will follow, I do think it's a situation that others will look at, but they will have their own start dates and therefore I don't see us getting to a uniform situation across Europe, but I do see people perhaps copying and going to the start of their season."

Dipercayai 14 kelab telah menyokong dalam usul pindaan ini dengan lima kelab lagi menentang.

Sky sources understand the decision was not unanimous; reached instead by a two-thirds majority of 14 clubs. Five clubs voted against the change and one abstained. - Sky Sports

Keputusan majoriti itu sudah memadai untuk Liga Perdana menguatkuasa tarikh baru penutupan pembelian pemain baru bagi kelab-kelab Liga Perdana Inggeris musim depan.

Difahamkan keputusan itu mendapat sokongan daripada pengurus pasukan/kelab memandangkan mereka terpaksa mengharungi dua atau tiga perlawanan dengan pemain yang masih tidak mengetahui masa depan bersama kelab.

"There is a big concern that the Premier League has been playing two or three match rounds with a degree of uncertainty between themselves – I think that's the biggest reason," 

Beliau (Scudamore) juga tidak merasakan Liga Perdana Inggeris bakal terjejas atau mengalami masalah dalam urusan perpindahan ini memandangkan ianya mempunyai tempoh yang cukup untuk menyelesaikan urusan perpindahan sebelum sepak mula liga.

Sebaliknya ianya banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada pasukan-pasukan Liga Perdana kerana ianya memberikan kepastian terhadap pemain untuk beraksi tanpa ganguan (mengenai perpindahan) serta mampu memberikan tumpuan dalam perlawanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post