Preview Arsenal vs Cologne


Awal pagi esok (waktu Malaysia) jam 3.05 pagi, Arsenal menerima kunjungan FC Cologne bagi pertembungan pertama saingan Liga Europa peringkat kumpulan (kump. H).

Rekod pertembungan (Head to Head)
Bil. Tarikh Kejohanan Arsenal vs Cologne Keputusan
1 23-07-2011 Persahabatan Arsenal menang 2-1
2 12-08-2012 Persahabatan Arsenal menang 4-0

Perkembangan Arsenal.
➧ Arsene Wenger dijangka melakukan perubahan besar kepada skuad yang menewaskan Bournemouth minggu lalu bagi memberi tumpuan ataupun perhatian ketika menentang Chelsea hujung minggu ini.

➧ David Ospina, Jack Wilshere, Olivier Giroud, Mohamed Elneny, Calum Chambers, Per Mertesacker, Theo Walcott dan Alex Iwobi serta Reiss Nelson mungkin mendapat peluang untuk beraksi pada perlawanan ini.


Perkembangan Cologne.

➧ Frederik Sörensen yang dikeluarkan pada separuh masa ketika Cologne tewas 3-0 kepada Augbsurg dijangka tidak akan beraksi pada perlawanan ini.

Info Ringkas Cologne.
Sepertimana Arsenal musim lalu, Cologne juga menamatkan saingan liga ditempat kelima Bundesliga.

Dan kedudukan Cologne (FC Koln) ketika ini adalah tercorot didalam Bundesliga selepas mengalami kekalahan dalam semua (tiga) perlawanan liga setakat ini dengan hanya mampu menjaringkan satu gol serta bolos tujuh.

Pemain berbahaya ataupun pemain Cologne yang perlu diberi perhatian oleh barisan pertahanan Arsenal adalah penyerang utama mereka, Jhon Cordoba.

Jhon Cordoba
Walaupun beliau masih belum menjaringkan gol setakat ini bersama Cologne, namun beliau satu bantuan gol telah berjaya dihasilkan beliau musim ini.

Dan pada musim lalu beliau telah berjaya menjaringkan lapan gol ketika bersama kelab Jerman, Mainz bagi kesemua pertandingan kelab tersebut.

Penyertaan beliau kelab FC Cologne musim ini dijangkakan memberi impak kepada serangan pasukan ini walaupun masih gagal menemui sentuhan gol.

Penyerang berusia 24 tahun ini telah membuat 176 penampilan untuk enam kelab yang diwakili beliau setakat ini dan 35 gol berjaya dijaringkan selain 13 bantuan gol telah dicipta beliau.

Walaupun masih belum menjaringkan gol musim ini bersama Cologne, namun barisan pertahan Arsenal tidak seharusnya memandang rendah keupayaan pemain berasal daripada Colombia ini.



Info lain
➧ Kapten pasukan ini bernama Matthias Lehmann.
➧ Formasi pasukan 4-4-2 ➥ 4-2-3-1

Key Player Cologne
 Jonas Hector
Pemain pertahanan kiri Cologne yang pernah dikaitkan menyertai Liverpool musim lalu.

Telah membuat sebanyak 172 penampilan bersama Cologne dengan lima gol dan sembilan bantuan gol telah dihasilkan beliau setakat ini dalam kesemua pertandingan selama empat musim bersama kelab tersebut.

Manakala diperingkat kebangsaan (bersama skuad kebangsaan bermula pada tahun 2014), beliau telah membuat 35 penampilan dengan tiga gol dihasilkan beliau.

Formasi pilihan penulis
Arsenal
Posisi Chamber mungkin diisi oleh Mustafi ataupun Krystian Bielik kerana kedua-dua pemain ini mampu beraksi pada pertahan tengah kanan/kiri. 

Begitu juga dengan Chamber juga mampu beraksi pada posisi tersebut namun kelebihan beliau lebih kepada disebelah kanan.

Namun penulis sengaja memilih Chambers disebelah kiri memandangkan Mertesacker bermain ditengah kerana beliau pasti mampu membimbing dua pemain pertahanan muda Arsenal ini.

Cologne
Namun penulis mengalami sedikit masalah (tidak sempat study) dalam mengetahui kekuatan Cologne dan formasi mereka dan kesebelasan ini berdasarkan formasi kebiasaan mereka termasuk pemain-pemain tersebut.



Post a Comment

Previous Post Next Post