Wenger beri amaran


Arsene Wenger beri amaran kepada skuad Arsenal supaya tidak menjadikan saingan Europa sebagai alasan untuk tidak beraksi cemerlang menentang Chelsea. 

Arsenal bakal menerima kunjungan kelab Jerman, FC Cologne pada aksi pertama saingan Liga Europa awal pagi esok (jam 3 pagi, 15 September 2017 -waktu Malaysia).

Dan pada hari Ahad nanti, jam 8.30 malam juga waktu Malaysia, Arsenal bakal berkunjung ke Stamford Bridge bagi perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea.

Namun Wenger menegaskan beliau tidak mahu kepadatan jadual ini dijadikan alasan untuk skuad beliau gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam menentang Chelsea nanti.

Jika sebelum ini Arsenal, yang menjadi kebiasaan beraksi pada pertengahan minggu (Selasa atau Rabu) bagi saingan Eropah (UCL) namun beraksi dalam saingan Europa memaksa skuad kendalian Wenger ini membiasakan diri untuk beraksi pada Khamis ataupun Jumaat.



Arsenal ketika ini terdesak untuk mempamerkan aksi cemerlang disamping mencari kemenangan setelah permulaan yang kurang menyakinkan pada aksi tiga perlawanan pertama liga.

Walaupun Chelsea mempunyai kelebihan dari segi masa rehat (dua hari 'extra') berbanding Arsenal, namun Wenger menegaskan serta memberi amaran kepada pemain-pemain beliau bahawa beliau tidak mengharapkan prestasi buruk daripada pemain-pemain beliau ketika menentang Chelsea.

"Yes. It’s a good opportunity to show we can do it (juggle the Europa League with the Premier League),"

"We played on Wednesday night at Barcelona and then Saturday morning at Everton (the season before last) and we won."

"You have to not get caught in your mind with preconceived ideas. Football is down to performance on the day."

"In three days you can recover."

-- Metro

Dijangkakan bahawa Arsenal bakal menurunkan beberapa pemain muda disamping merehatkan beberapa pemain utama bagi memberi fokus dan perhatian pada saingan Liga Perdana.

Manakala Chelsea juga kemungkinan melakukan beberapa pertukaran ataupun penggiliran pemain setelah berjaya menewaskan kelab Qarabag daripada Azerbaijan 6-0 semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post