Tomáš Rosický masih berbisa


Bekas pemain Arsenal dan Borussia Dortmund, Tomáš Rosický buktikan beliau masih berbisa.


Rosický berjaya menjaringkan satu gol dalam membantu Sparta Prague menewaskan Karviná 2-0 semalam.

Dan jaringan tersebut merupakan jaringan pertama beliau bersama skuad itu selepas 17 tahun meninggalkan kelab tersebut.

Beliau memulakan karier bolasepak beliau bersama Sparta pada tahun 1998 sebelum menyertai Dortmund pada tahun 2001.

1998 beliau menjadi pemain profesional untuk kelab Sparta Prague.
Selepas lima tahun bersama Dortmund beliau kemudiannya menyertai Arsenal pada tahun 2006.

Bersama Arsenal, beliau telah memenangi dua Piala FA sepanjang 10 tahun beliau bersama kelab ini sebelum meninggalkan Arsenal pada tahun 2016.

Rosický bersama Arsenal selama 10 tahun.
'The Little Mozart' akhirnya kembali ke pangkuan kelab asal beliau selepas dilepaskan oleh Arsenal secara percuma pada Ogos 2016.

Rosický kembali menyertai kelab yang tinggalkan beliau 17 tahun lalu.
Pada usia 36 tahun, beliau membuktikan bahawa beliau masih lagi berbisa apabila berjaya menjaringkan satu gol pada pertemuan menentang Karviná yang berkesudahan Sparta menang 2-0.

Sparta kini menghuni tangga keempat liga utama Republik Czech dengan mengumpul 11 mata hasil daripada tiga kemenangan dan dua seri selepas mengharungi enam perlawanan.


Perlawanan tersebut merupakan penampilan keempat beliau bersama Sparta pada musim ini dan gol pertama beliau untuk kelab tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post