Tugas sukar buat Arsenal Malaysia


Arsenal Malaysia perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang Cardiff City Malaysia jika mahu menjulang Cardiff City Malaysia Cup 2017.

Selepas seri 1-1 pada perlawanan kedua menentang Malaysia Spurs, Arsenal Malaysia perlu memenangi perlawanan terakhir menentang Cardiff City yang ketika ini menghuni tangga teratas liga dengan mengumpul empat mata hasil daripada dua perlawanan.

Arsenal Malaysia pada perlawanan pertama juga mencatatkan keputusan seri menentang Malaysia Real Madrid yang berkesudahan 2-2.
Pada perlawanan menentang Malaysia Spurs, Arsenal Malaysia gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang manakala Malaysia Spurs pula berjaya mempamerkan aksi cemerlang kali ini setelah dibelasah pada perlawanan pertama 5-0 oleh Cardiff Malaysia.


Highlights perlawanan pertama (vs Malaysia Real Madrid)

Highlights perlawanankedua (vs Malaysia Spurs)

Arsenal Malaysia pada edisi 2016 (edisi pertama) sekadar berjaya menamatkan pada kedudukan ditempat ketiga dengan Cardiff City Malaysia muncul juara.
  • 1st - Cardiff City Malaysia
  • 2nd - Mymanutd 
  • 3rd - Arsenal Malaysia 
  • 4th - Liverpool Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post