Wenger tidak berputus asa terhadap Lemar


Laporan daripada FourFourTwo, mendedahkan dimana Arsene Wenger tidak akan berputus asa dalam memikat Lemar dan mengakui dimana Arsenal telah membuat tawaran ataupun bidaan  berjumlah €100juta (kira-kira £90 juta).

Wenger mengesahkan dimana Arsenal telah melakukan tawaran €100 bagi mendapatkan khidmat pemain Monaco itu namun pemain tersebut dilaporkan mahu kekal bersama kelab Perancis itu.

Namun itu tidak menghalang niat dan minat Wenger untuk mendapatkan pemain tersebut pada jendela perpindahan kedua (Januari 2018) dibuka.

Difahamkan dimana kedua-dua kelab (Arsenal dan Monaco) telah pun bersetuju dengan nilai perpindahan itu namun Lemar menolak untuk beraksi bersama Arsenal dalam saingan Liga Perdana.

Wenger membuat penjelasan tersebut pada satu rancangan televisyen Perancis, Telefoot hari ini.

"€100juta untuk Lemar? Ya, semuanya adalah benar," jelas Wenger.

"Saya mahukan beliau namun beliau memilih untuk kekal bersama Monaco"

"Kita akan kembali mendapatkan beliau nanti"

Selain Lemar, Wenger turut dilaporkan berminat dengan seorang lagi pemain Monaco, Kylian Mbappe.

Mbappe salah seorang pemain terhangat Eropah ketika ini memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) secara pinjaman dan dikatakan bakal menyertai kelab tersebut secara kekal pada musim depan dengan perjanjian pinjam yang membolehkan PSG membeli beliau pada nilai €180juta.

Dan Wenger percaya dengan bakat yang ada pada pemain tersebut mampu menggegarkan dunia bolasepak satu hari nanti.

Mengakui dimana beliau sememangnya berminat mendapatkan Mbappe, namun dengan nilai €180 juta, beliau merasakan ianya terlalu mahal buat Arsenal.

Selain itu, Wenger turut memuji pemain tersebut dan menjangkan bahawa Mbappe bakal menjadi seperti Pele kerana memiliki kualitid dan keseimbangan dalam pemainan sebagai seorang penyerang yang bukan hanya mampu menjaringan gol malahan mampu mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringan gol.

Wenger sifatkan Mbappe sebagai Pele baru.
Walaupun kita semua tahu ianya satu kepedihan dalam keputusan jendela perpindahan kali ini, namun diharapkan Arsenal tetap mampu bersaing didalam liga serta mampu menarik pemain-pemain berbakat dan ternama menyertai kelab pada jendela perpindahan akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post