Mesej 'tersembunyi' Alexis Sanchez.


Desas-desus perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester City dan masa depan pemain ini bersama Arsenal hangat diperkatakan.

Namun beliau selepas kali terakhir membuat pendedahan mengenai masa depan beliau pada termuramah terdahulu sekitar awal bulan Ogos kini dikatakan meluahkan perasaan melalui Instagram.

Baca : Sanchez hormati keputusan Arsenal dan Wenger.

Namun mesej yang dimuatnaik oleh beliau itu sukar untuk difahami ataupun diterjemahkan.


Adakah beliau meluahkan kepada Arsenal? Ataupun kepada pasukan Kebangsaan Chile?

Selepas mengalami kekalahan pada aksi pertama beliau bersama Arsenal ketika menentang Liverpool, beliau masih berdiam diri mengenai masa depan beliau yang dikaitkan dengan Manchester City.

Ada laporan yang kuat mengatakan dimana beliau begitu mahukan menyertai Manchester City.

Dan menjelang penutupan tarikh perpindahan sekali lagi berita mengenai beliau begitu kuat dibangkitkan dengan City sedia membeli beliau daripada Arsenal.

Namun, selepas tarikh perpindahan ditutup, beliau yang bersama skuad Kebangsaan Chile bagi membantu negara beliau pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 masih berdiam diri walaupun dikatakan Arsenal telah bersetuju menerima tawaran City hanya menunggu keputusan persetujuan daripada Lemar (sebagai pengganti kepada beliau).

Beliau akhirnya meluahkan ataupun memuatnaik status pada Instagram Story beliau 13 jam yang lalu.

Namun tidak dapat dipastikan mesej ataupun 'quote' tersebut ditujukan kepada Arsenal ataupun Chile memandangkan skuad Chile juga tewas 1-2 kepada Paraguay, tiga hari yang lalu.

Mesej pertama: 

"When the world reminds you of your defeats, remind them of your unforgettable victories.”

"Apabila dunia mengingatkan anda tentang kekalahan anda, ingatkan mereka tentang kemenangan anda yang tidak dapat dilupakan."

Mesej kedua:

“A winner is just a loser who tries more than once.”

"Seorang pemenang sebenarnya adalah seorang yang tewas yang mencuba lebih dari sekali."


Mesej ketiga:

“What you do matters, but the reason you do it matters much more.”

"Perkara yang anda lakukan adalah penting, tetapi alasan untuk anda melakukan adalah lebih penting lagi."

Mesej keempat:

“You will realise that what today seems like a sacrifice, will end up being the greatest achievement of your life.”

"Anda akan sedar bahawa hari ini pengorbanan hari ini, dan ianya bakal berakhir dengan kejayaan terbesar dalam hidup anda."



Post a Comment

Previous Post Next Post