Wenger tidak bersetuju dengan Mourinho dan Guardiola.


Buat pertama kalinya penulis terkejut dengan kenyataan Wenger apabila beliau menyatakan dimana kesemua pertandingan adalah penting termasuklah Piala EFL.

Ingatkan Wenger tidak pandang sangat Piala EFL kerana kebiasaannya beliau akan menurunkan skuad muda bagi menghadapi saingan ini dan tindakan ini seolah-olah beliau tidak begitu menitik beratkan nilai pertandingan ini.

Lebih-lebih lagi Arsenal dibawah kendalian Wenger tidak pernah memenangi kejohanan ini.

Namun dalam laporan yang dikeluarkan oleh Goal, menyatakan dimana Wenger tidak sanggup kehilangan mana-mana trofi yang mampu dikecapi beliau dan menganggap kesemua kejohanan domestik adalah penting.
Arsene Wenger is unwilling to give up on any potential trophy despite the EFL Cup's value being questioned. - Goal
Dan trofi kejuaraan ini termasuklah Piala EFL yang menjadi topik perbahasan dua pengurus tersohor Eropah, Jose Mourinho dan Pep Guardiola.

Kedua-dua pengurus ini mempersoalkan nilai kejohanan Piala EFL dengan Mourinho mencadangkan agar kejohanan ini dimansuhkan sambil disokong oleh Guardiola.

Wenger tidak bersetuju dengan pendapat Mourinho dan Guardiola yang mahu mansuhkan Kejohanan Piala EFL.
Cadangan Mourinho yang mencadangkan pemansuhan kejohanan tersebut bagi membolehkan kelab-kelab Inggeris bersaing lebih kompetitif diperingkat Eropah.

Namun Wenger jelas tidak bersetuju dengan cadangan Mourinho dan pendapat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pengurus tersebut sambil menegaskan dimana setiap pasukan dan liga sememangnya mempunyai tekanan tersendiri yang perlu dihadapi.

Dan ianya bukanlah jalan singkat untuk mempertingkatkan kualiti pasukan dengan mengorbankan sesuatu kejohanan.
With the pressure that every club is under now, you cannot sacrifice any competition
Arsenal bakal berdepan Norwich City pada pusingan keempat saingan Piala EFL yang dijadulakan pada 23 Oktober nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post