Adakah Wilshere dan Sanchez bakal beraksi?


Alexis Sanchez dan Jack Wilshere, masing-masing membuat penampilan penuh pada aksi Arsenal menewaskan Doncaster Rovers dalam saingan Piala EFL dan menjelang pertembungan  menentang West Brom bagi saingan liga, kedua-dua pemain ini menjadi persoalan dikalangan peminat.

Adakah Arsene Wenger bakal menurunkan mereka berdua?

Jika sebelum ini Wenger telah menjelaskan mengapa beliau jarang menurunkan khidmat Sanchez ekoran masalah kecergasan dan bukannya menghukum pemain tersebut.

Tidak mustahil Sanchez kini telah berada pada tahap yang memuaskan dan mencapai kecergasan secukupnya.

Anda boleh membaca disini : Wenger nafi hukum Sanchez

Begitu juga dengan Wilshere yang mana Wenger telah menjelaskan dimana beliau yakin bahawa Wilshere kini telah bersedia untuk beraksi dalam saingan liga dan merebut kembali posisi beliau dalam kesebelasan utama Arsenal.

Anda boleh baca disini: Wilshere sedia beraksi dalam saingan liga




Namun melihatkan pada gambar sesi latihan yang dimuat naik pada laman rasmi Arsenal dan juga pada laman Facebook rasmi Arsenal, dapat dilihat aksi Jack Wilshere, Sanchez dan juga Ozil berada pada sesi latihan bersama-sama.


Dijangkakan Mesut Ozil bakal bergandingan bersama Sanchez dalam membantu penyerang sensasi Arsenal, Alexandre Lacazette.

Dan jika ini menjadi kenyataan, adakah ini merupakan gandingan 'maut' yang kita semua tunggu selama ini?

Kesebelasan utam pilihan penulis MyGooners bagi Arsenal menentang West Brom.
Walaupun terdapat kelibat Wilshere pada sesi latihan ini, namun penulis merasakan bahawa beliau bakal berada dibangku simpanan sahaja jika disenaraikan pada perlawan awal pagi esok.

Wilshere dijangka berada dibangku simpanan menjelang pertemuan menentang West Brom awal pagi esok.
Ini kerana gandingan Xhaka dan Ramsey pada posisi tengah ketika ini boleh dianggap terbaik ketika ini.

Adakah anda setuju dengan pilihan ini? Atau anda mempunyai pandangan anda tersendiri?

Kongsikan bersama kami dengan meninggalkan komen pada posting ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post