Berakhirnya sumpahan No 18.


Nacho Monreal ataupun nama penuh beliau Ignacio "Nacho" Monreal Eraso berusia 31 tahun, telah bersama Arsenal untuk  tempoh hampir lima musim .

Aksi dan kemunculan beliau diatas padang boleh dikatakan agak kurang diberi perhatian apatah lagi untuk beliau menerima pujian serta kutukan dalam kebanyakan perlawanan baik ketika Arsenal menang mahupun tewas.

Menyertai Arsenal pada 31 Januari 2013 dengan nilai perpindahan sebanyak yang dianggarkan sekitar £8.5 juta daripada kelab Sepanyol, Malaga.

Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membuat debut bersama Arsenal, hanya dua hari selepas itu beliau telah membuat penampilan bersama Arsenal dalam perlawanan menentang Stoke yang berkesudahan Arsenal menang 1-0.

Dan beliau beraksi penuh bagi perlawanan itu.

Rekod penampilan musim pertama beliau bersama Arsenal.
Saingan Penampilan Goal dijaringkan Bantuan gol dihasilkan
Premier League 10 1 1
FA Cup 1 - -

Boleh dikatakan kehadiran beliau bersama Arsenal mematikan sumpahan jersi bernombor 18 Arsenal.

Selepas dua hari menyertai Arsenal, beliau telah membuat penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Arsenal sebelum ini (satu musim) tanpa pemain yang menggunakan Jersi Bernombor 18 setelah dikosongkan oleh Sébastien Squillaci pada tahun (musim) 2011-12.

Kemasukan beliau (Monreal) pada musim 2012/13 dengan menyarung jersi bernombor 17 untuk tempoh satu musim setengah (2012/13 dan 2013/14) sebelum menyarung jersi bernombor 18 pada musim  2014/15 setelah kehadiran Alexis Sanchez.

Rekod penampilan bersama Arsenal setakat ini.
Arsenal Penampilan Gol Dijaringkan Bantuan Gol
Musim 2017/18 9 1 -
Musim 2016/17 43 1 3
Musim 2015/16 45 - 4
Musim 2014/15 39 1 2
Musim 2013/14: 36 - 1
Musim 2012/13 13 1 2
Jumlah 183 4 11



Sumpahan Jersi Bernombor 18 Arsenal
Mungkin 'sumpahan' ini tidaklah begitu hebat jika dibandingkan dengan sumpahan jersi bernombor 9 Arsenal.

Namun bagi 'sumpahan' jersi bernombor 18 Arsenal ini juga boleh dianggap menarik kerana pemain-pemain sebelum ini yang memakai jersi bernombor 18 tidaklah begitu memberangsangkan jika dilihat daripada prestasi pemain tersebut.

Pascal Cygan, Mikael Silvestre dan Sebastien Squillaci merupakan tiga pemain terakhir Arsenal yang memakai jersi bernombor 18 sebelum kedatangan Monreal dan jersi ini pada musim 2013/14 tidak dimiliki oleh mana-mana pemain ketika itu.

Boleh dikatakan ketiga-tiga pemain tersebut gagal untuk memikat hati para peminat Arsenal.

Pascal Cygan (2002–2006).
Menyertai Arsenal pada tahun 2002 dengan nilai perpindahan £2juta bermain empat musim bersama Arsenal dengan membuat 97 penampilan dan tiga gol berjaya dijaringkan beliau bagi kesemua kejohanan bersama Arsenal untuk tempoh itu.

Aksi kawalan dan persembahan buruk Cygan.

Jersi 18 ini 'kosong' tanpa pemain buat tempoh dua musim (2006/07-2007-08) selepas Cygan meninggalkan Arsenal pada musim 2006/17 untuk menyertai VIllarreal.

Kemasukan bintang United, Mikael Silvestre yang menyertai Arsenal pada musim 2008/09 sedikit mengejutkan peminat Arsenal.

Mikael Silvestre (2008–2010).
Namun rekod kecemerlangan beliau selama sembilan tahun bersama United tidak dapat diteruskan bersama Arsenal.

Dengan jersi bernombor 18 bersama Arsenal, beliau menjadi pemain kedua Arsenal yang menjaringkan gol sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika bertemu kelab Turki, Fenerbahce.

Arsenal menang 5-2 dalam perlawanan tersebut.

Dua tahun kemudian beliau dilepaskan oleh Arsenal dan sepanjang tempoh dua tahun bersama Arsenal, beliau telah membuat 43 penampilan dengan tiga gol serta dua bantuan gol berjaya dicipta beliau.

Kekosongan jersi 18 ini kemudiannya diisi oleh seorang pemain kelahiran Perancis, Sebastien Squillaci pada musim 2010/11 dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £4juta daripada kelab Sevilla.

Sebastien Squillaci (2010–2013)
Pada musim 2012/13, beliau hanya membuat sekali penampilan bersama Arsenal iaitu dalam perlawanan menentang Olympiakos.

Beliau membuat 46 penampilan bersama Arsenal termasuk bersama skuad U23 Arsenal dan berjaya menjaringkan dua gol sepanjang karier beliau bersama Arsenal daripada musim 2010/11 sehingga 2012/13.



Berikut adalah senarai pemain yang menyarung jersi 18 Arsenal daripada musim 1993/94 sehingga kini.

Pemain Yang Menyarung Jersi Nombor 18 Arsenal
Musim Pemain
1993-94 David Hillier
1994-95 David Hillier
1995-96 Steve Morrow
1996-97 Gilles Grimandi
1997-98 Gilles Grimandi
1998-99 Gilles Grimandi
1999-2000 Gilles Grimandi
2000-01 Gilles Grimandi
2001-02 Gilles Grimandi
2002-03 Pascal Cygan
2003-04 Pascal Cygan
2004-05 Pascal Cygan
2005-06 Pascal Cygan
2006-07 NA
2007-08 NA
2008-09 Mikaël Silvestre
2009-10 Mikaël Silvestre
2010-11 Sébastien Squillaci
2011-12 Sébastien Squillaci
2012-13 Sébastien Squillaci
2013-14 NA
2014-15 Nacho Monreal
2015-16 Nacho Monreal
2016-17 Nacho Monreal
2017-18 Nacho Monreal

Nota ringkas
➥ Pascal Cygan, Mikael Silvestre dan Sebastien Squillaci merupakan pemain kelahiran Perancis.

➥ Pada Januari 2016, Monreal telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal yang menyaksikan beliau bakal beraksi sehingga 30 Jun 2019.

Monreal bersama Arsenal telah memenangi :
➥ Piala FA (3 kali) : 2013–14, 2014–15, 2016–17
➥ Piala Perisai Komuniti (3 kali) : 2014, 2015, 2017

Video Aksi-Aksi Beliau Bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post