Cleverley cetus kemarahan peminat Arsenal


Bertandang ke Vicarage Road dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah selepas kali terakhir mengalami kekalahan pada Ogos lalu ditangan Liverpool, Arsenal akhirnya tewas buat kali ketiga musim ini daripada lapan perlawanan liga yang diharungi setakat ini.

Gol daripada Tom Cleverley dihujung perlawanan sekali gus meranapkan impian dan hasrat Arsenal untuk mengekalkan rekod tanpa kalah atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata berharga.

Arsenal terlebih dahulu mendahului perlawanan pada minit ke-39 hasil daripada tandukan Per Mertesacker yang menerima hantaran (sepakan penjuru) Xhaka menewaskan penjaga gol Watford, Gomes.
Namun Watford berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-71 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Troy Deeney setelah Richarlison dijatuhkan oleh Bellerin.

Keputusan pengadil yang menghadiahkan penalti turut menjadi persoalan kerana pemain Watford itu dilihat sengaja merebahkan (menjatuhkan) badan ketika dicabar oleh Bellerin.
Dan detik malang Arsenal berlaku pada minit ke-92 apabila Tom Cleverley berjaya menjaringkan gol buat Watford untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan Watford berjaya menewaskan Arsenal 2-1.



Kecewa 
Kekalahan ini sekaligus mencetuskan kemarahan dan kekecewaan peminat setelah prestasi yang kurang memberangsangkan ditunjukan Arsenal musim ini.

Selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah, peminat meletakan harapan tinggi terhadap pasukan dalam saingan liga selain mengharapkan Arsenal mampu menunjukan prestasi selaku pencabar kejuaraan liga.

Bermula daripada musim lalu yang sekadar menamatkan saingan ditangga kelima, jendela perpindahan turut mencetuskan kemarahan peminat setelah Arsenal gagal membawa masuk beberapa pemain ternama selain Lacazette dan Kolasinac.

Dan isu kontrak pemain utama seperti Ozil dan Sanchez turut menjadi persoalan dan cemuhan peminat ekoran prestasi yang ditunjukan oleh pemain ini.

Pada perlawanan ini, beberapa keputusan Wenger dipertikaikan oleh peminat terutamanya apabila mengeluarkan Lacazette dan digantikan dengan Giroud serta prestasi Ozil yang amat mengecewakan.

Berikut reaksi peminat yang dipetik dari laman facebook MyGooners.

Wenger's strategy for every game - 65 min substitute Lacazette and bring on Giroud whether you lose, draw or win.. You stupid man even a kid knows your strategy every game..Give Lacazette full 90 min, don't make him another Podolski .. There are few idiots who are against Sanchez, you guys deserve Europa league 👏🏼👏🏼 Sanchez is way better than this stupid old man s Arsenal
Analisis Ringkas Perlawanan
Arsenal pada separuh masa pertama jelas menguasai perlawanan namun gagal mengekalkan rentak pada babak kedua perlawanan yang akhirnya menyaksikan Watford dilihat lebih mendominasi perlawanan ini.

Watford vs Arsenal
11 Shots 9
3 Shots on target 6
78% Pass Success % 80%
44% Aerial Duel Success 56%
6 Dribbles won 2
16 Tackles 18
46% Possession 54%

Seakan selesa dengan mendahului 1-0, Arsenal dilihat kurang bermaya dan kurang efektif memasuki babak kedua perlawanan.

Ozil dan Iwobi masing-masing terlepas peluang untuk menjaringkan gol terutama Ozil yang hanya berdepan dengan Gomes (penjaga gol Watford).

Dan secara keseluruhan percubaan Arsenal lebih banyak tertumpu atau dilancarkan  pada bahagian tengah pintu gol lawan dan kekuatan Arsenal dalam melakukan atau melancarkan percubaan adalah melalui 'through ball'.

Posisi gerakan dan serangan Arsenal.
Sudut percubaan Arsenal.
Boleh dikatakan penulis bersetuju dengan pendapat pembaca MyGooners yang mengatakan Arsenal kekurangan idea dalam mengatur gerakan serta melancarkan serangan terhadap Watford.

Statistik percubaan Watford vs Arsenal.
Manakala Watford pula dilihat lebih kreatif dalam melancarkan serangan berbanding Arsenal walaupun ditekan pada awal permainan.

Mereka mampu bangkit dan mempamerkan semangat yang lebih tinggi berbanding Arsenal.

Dan Watford, jelas menggunakan kelebihan yang ada pada pemain sayap kiri mereka, Richarlison dalam melakukan gerakan dan melancarkan serangan keatas Arsenal.

Hampir separuh daripada gerakan dalam melancarkan serangan terhadap Arsenal tertumpu atau bermula dari sudut kiri Watford yang diisi oleh pemain Richarlison.

Namun dari sudut percubaan, Watford lebih banyak melakukan percubaan dari sudut kiri dan tengah pintu gol Arsenal.

Posisi gerakan dan serangan Watford vs Arsenal
Sudut percubaan Watford vs Arsenal
Video Highlights perlawana

Post a Comment

Previous Post Next Post