Carlo Ancelotti berminat dengan Arsenal

Selepas dipecat daripada Bayern Munich, Carlo Ancelotti dilaporkan berminat untuk mengemudi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Menurut laporan tersebut, Ancelotti ketika ini mahu berehat buat sementara waktu sehingga musim ini berakhir dan tidak memikirkan soal kelab mana yang bakal disertai beliau nanti.



Ancelotti, 58 tahun sebelum menjadi pengurus Bayern Munich, pernah membimbing beberapa pasukan terkenal  termasuklah kelab Inggeris, Chelsea pada tahun 2009 sehingga 2011.

Musim Kelab
1995–1996 Reggiana
1996–1998 Parma
1999–2001 Juventus
2001–2009 Milan
2009–2011 Chelsea
2011–2013 Paris Saint-Germain
2013–2015 Real Madrid
2016–2017 Bayern Munich

Beliau dipecat daripada Bayern Munich kurang daripada 24 jam selepas mengalami kekalahan 3-0 kepada Paris Saint-Germain pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah (Kump.B).

Pasukan P M S K -/+ Mata
Paris Saint-Germain 2 2 0 0 +8 6
Bayern Munich 2 1 0 1 0 3
Celtic 2 1 0 1 -2 3
Anderlecht 2 0 0 2 -6 0

Walaupun dikatakan tidak memikirkan soal kelab mana yang bakal dikendalikan beliau, namun beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengemudi pasukan Arsenal jika diberi peluang dan ditawarkan posisi tersebut.
Carlo Ancelotti has decided to remain a free agent for the rest of the season but would be willing to replace Arsene Wenger at Arsenal if offered the job, according to reports in Italy. - Metro
Beliau menggunakan laman sosial twitter untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan beliau kepada pasukan Bayern termasuklah pemain dan penyokong kelab tersebut.
Menurut laporan itu juga, ketika ini hanya pasukan Arsenal yang dikatakan menjadi perhatian Ancelotti dan beliau berminat untuk menjadi pengurus Arsenal jika diberi peluang (tawaran).

Arsenal?
Sebelum ini Arsenal dilaporkan telah menjumpai calon sesuai untuk menggantikan Wenger, Joachim Low.

Joachim Low dikatakan bakal menggantikan Wenger di Arsenal.
Anda boleh baca laporan tersebut disini (klik) : Arsenal temui pengganti Arsene Wenger.

Rekod kejayaan Carlo Ancelotti bersama Bayern Munich.
➪ Juara Bundesliga: 2016–17
➪ Juara DFL-Supercup: 2016, 2017

Namun kita semua tahu dimana kontrak Wenger hanya bakal berakhir dua tahun lagi dan penulis tidak merasakan Wenger bakal dipecat walaupun prestasi buruk musim ini.

Dan jika diberi pilihan, Low dilihat lebih realistik namun mampukah beliau menyesuaikan taktikal serta corak permainan pilihan beliau di Liga Perdana Inggeris?

Post a Comment

Previous Post Next Post