Berita gembira buat #WengerOut


Arsenal dikatakan telahpun mengenal pasti calon utama bagi menggantikan Arsene Wenger.

Dan calon utama tersebut adalah merupakan pengendali skuad kebangsaan Jerman, Joachim Low.

Joachim Low.
Joachim Low dikatakan calon yang paling sesuai menggantikan Wenger di Arsenal menurut pakar Bundesliga, Lee Price.
BUNDESLIGA expert Lee Price claims Arsenal are secretly planning on bringing in Germany boss Joachim Low to replace Arsene Wenger. Express
Low, 57 tahun telah memenangi Piala Dunia selaku pengendali skuad Kebangsaan Jerman pada tahun 2013/14 selain memenangi Piala Konfederasi 2016/17 bersama Jerman baru baru ini.



Rekod beliau selaku pengurus bersama kelab juga boleh dikatakan agak cemerlang apabila berjaya membimbing VfB Stuttgart menjuarai  DFB - Pokal pada musim 1996/97 selain membantu Stuttgart muncul naib juara bagi UEFA Cup Winners musim 1997–98.

Beliau juga berjaya membimbing skuad Tirol Innsbruck (Austria) menjuarai Liga Austria pada musim 2001/02.

Dan pada musim 2003 beliau telah berjaya membantu Austria Wien memenangi Austrian Supercup sebelum beliau menyertai atau mengemudi pasukan kebangsaan Jerman pada tahun 2006.

Menurut laporan tersebut, pihak Arsenal tidak akan memperbaharui kontrak sedia ada yang ditandatangani Wenger (lanjutan dua tahun) yang bakal berakhir pada penghujung musim 2018/19.

Dan menurut Lee Price (pakar Bundesliga yang telah menghasilkan dua buku mengenai Liga Jerman), Low dikatakan tidak akan menyambung atau meneruskan tugas beliau untuk membimbing skuad kebangsaan Jerman setelah berakhirnya Kejohanan Piala Dunia Russia 2018.

Jika menjadi kenyataan, yang mana kontrak Wenger tidak lagi disambung, khidmat Wenger masih lagi diperlukan oleh Arsenal dan mungkin juga sebagai penghargaan buat beliau (Wenger) diatas jasa-jasa beliau selama ini.

Dilaporkan, kemungkinan Wenger bakal berada didalam Lembaga Pengarah Arsenal setelah berakhirnya kontrak beliau selaku pengurus pasukan Arsenal.
It is believed that the club will not offer an extension to (Wenger’s) current deal as manager – and will instead offer an upstairs role on the board, likely honorary.
They intend to replace him with a man who can have a similar long-term outlook as the Frenchman, with Germany boss Joachim Low emerging as surprise contender. – said the Bundesliga expert.
Mampukah Low mengemudi pasukan 'Kelab' seperti Arsenal untuk kembali menyinar sebagaimana beliau mampu mengembalikan kegemilangan pasukan 'Kebangsaan' seperti Jerman?

Dan mampukah Low bekerja dengan Arsenal yang dimiliki oleh Stan Kroenke yang mengamalkan dasar 'berjimat' dan kejuaraan bukanlah matlamat utama pemilik kelab yang berasal daripada Amerika ini?

Stan Kroenke: I didn't buy Arsenal stake to win trophies - ES
Adakah Wenger bakal campur tangan dalam urusan taktikal ataupun pengurusan kelab (pemain) jika Low mengemudikan kelab nanti dengan Wenger berada didalam Lembaga Pengarah atau sebahagian daripada kelab (yang mana kita semua belum ketahui lagi)?

Penulis bukan mahu bersikap negatif namun kesemua ini bermain difikiran penulis saat membaca berita mengenai pengganti Wenger bersama Arsenal dan penulis juga bukan mahukan #WengerStay.

Arsenal perlukan pembaharuan dan melihat Kroenke selaku pemilik (pemegang saham majoriti) membuatkan penulis terfikir dimana Arsenal memerlukan seorang pengurus yang benar-benar hebat diibaratkan (seolah-olah) menggunakan skuad remaja untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Post a Comment

Previous Post Next Post