Giliran pemain muda


Menentang Norwich City bagi saingan Piala Carabao ataupun League Cup pusingan keempat, Wenger dijangkakan menurunkan skuad muda bagi cabaran pagi esok (jam 2.45 pagi waktu Malaysia).

Selepas diberikan peluang oleh Wenger dalam aksi saingan Liga Europa,  Ainsley Maitland-Niles, Reiss Nelson dan Joe Willock sekali lagi dijangkakan bakal diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan ini.

Dan pemain remaja yang lain seperti Eddie Nketiah, Ben Sheaf, Jay Dasilva, Marcus McGuane, Jordi Osei-Tutu dan Matt Macey kemungkinan juga turut berpeluang beraksi setelah pemain-pemain ini hanya berada dibangku simpanan pada saingan Europa tempoh hari.

Ramalan ini adalah berdasarkan kepada skuad U23 Arsenal yang tidak menurunkan pemain-pemain tersebut pada perlawanan PL2 yang menyaksikan Arsenal U23 tewas 3-2 kepada U23 Spurs semalam.




Skuad U23 Arsenal vs U23 Spurs.
Kesebelasan utama: Virginia; Moore, Olowu, Medley (c), Bola; Dragomir, Eyoma; Pleguezuelo, Gilmour, John-Jules (Omole 74); Balogun
Pemain simpanan: Keto (GK); Clarke, Swanson, Benson

Manakala bagi pemain senior pula, dijangkakan Walcott, Olivier Giroud dan Alex Iwobi bakal berada didalam senarai skuad bagi menghadapi perlawanan ini.

Mengenai Wilshere, kemungkinan besar Wenger hanya menyimpan beliau bagi aksi hujung minggu ini menentang Swansea bagi saingan liga.

Jika dilihat secara keseluruhan, kemungkinan skuad yang bakal dipertaruhkan Wenger adalah hampir sama ketika Arsenal menewaskan Red Start Belgrade dalam saingan Europa.

Arsenal vs Norwich City 
Rekod pertembungan kedua-dua pasukan setakat ini masih menjadi milik Arsenal dengan keputusan perlawanan terakhir melibatkan kedua-dua pasukan ini dimenangi Arsenal.

Manakala rekod keseluruhan pertembungan kedua-dua pasukan adalah seperti berikut:
Arsenal vs Norwich
27 Menang 11
19 Seri 19
11 Kalah 27

Norwich City ketika ini berada ditangga keenam liga (Championship) dengan mengumpul 22 mata hasil daripada 13 perlawanan liga yang diharungi setakat ini.

Teka Skor Arsenal vs Norwich City
Ingin memiliki sehelai T-Shirt keluaran Kaki Arsenal seperti dibawah secara percuma?

Komen pada posting ini di Facebook Mygooners dengan keputusan perlawanan berserta nama penjaring dan minit yang dijaringkan.

Contoh:
Arsenal 2-1 Norwich.
Giroud(minit ke88 dan 90), Hoolahan (minit ke3)

Like dan share posting ini pada facebook anda (tanpa private sharing).
Terbuka buat warganegara Malaysia yang beralamat di Malaysia.
Keputusan dibuat adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Pemenang dikira berdasarkan yang terawal meneka dengan tepat atau hampir tepat.
Keputusan 0-0 tidak dikira dan waktu tutup penyertaan adalah jam 12.00malam ini.

Prediction line up oleh Whoscored.


Post a Comment

Previous Post Next Post