Kemenangan yang menggambarkan karakter Arsenal


Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan ketiga dalam saingan Liga Europa apabila menewaskan pasukan Red Star Belgrade (RSB) 1-0 awal pagi tadi.

Dan kemenangan ini hadir dalam situasi pasukan yang ketika ini dilanda masalah kecederaan pemain terutamanya pada bahagian pertahanan.

Pada perlawanan awal pagi tadi, Elneney diletakan sebagai pemain pertahanan bersama Debuchy dan juga Holding dengan Per direhatkan bagi memberi tumpuan dalam saingan liga.

Barisan kesebelasan Arsenal ketika menentang Red Star Belgrade.
Arsene Wenger melalui pendedahan yang dibuat pada laman rasmi Arsenal, menjelaskan dimana beliau gembira dengan keputusan perlawanan yang memihak kepada Arsenal.

Beliau turut memuji aksi pemain-pemain yang diturunkan pada perlawanan tersebut  kerana mampu bermain dengan baik dalam suasana 'panas' dengan sorakan penyokong tuan rumah.

Perlawanan tersebut hampir keseluruhan pemain yang disenaraikan adalah daripada skuad remaja dan beberapa pemain senior yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal bagi saingan liga.

Namun mereka mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan 'high intensity' disamping menyerap tekanan pihak lawan yang sering kali melancarkan serangan balas (counter attack) yang berbahaya.

Aksi yang cukup cemerlang ditunjukkan oleh Petr Cech dalam menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya RSB itu mendapat pujian Wenger selain Wenger turut memuji keseluruhan pemain yang mampu beraksi cemerlang dalam mencapai kemenangan ini.
Well I believe that you know you win when you can and we don’t decide that, overall I think what is remarkable is the spirit that we have shown today and fighting together in a game that was very physical and in the end we got the winner because I think they defended very well with a lot of determination and but as well the goal is a consequence of us really wanting to play through them, so it was a bit had the fact that we didn’t give up and wanted absolutely to score.
Dengan prestasi pemain serta mentaliti yang ditunjukan oleh setiap pemain yang mampu menangani tekanan baik dari segi perlawanan mahupun tekanan daripada penyokong, ini menggambarkan karakter sebenar pemain Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post