Troy Deeney diberi amaran


Menurut laporan Independent pengurus Watford, Marco Silva telah memberi amaran lisan kepada kapten pasukan beliau ekoran kritikan yang dibuat oleh Deeney terhadap pemain-pemain Arsenal.

Minggu lalu, Deeney mengeluarkan kritikan yang dianggap melampau terhadap pemain-pemain Arsenal dengan mengatakan pemain Arsenal tidak memiliki keberanian dan 'tiada telor' (cojones).
Watford manager Marco Silva has issued a word of warning to Troy Deeney after the forward accused Arsenal of lacking character.
Ekoran kritikan Deeney itu, Marco Silva telah memberi amaran lisan kepada pemain tersebut supaya tidak mencampuri urusan kelab dan pemain pasukan lain.

Sebaliknya beliau mahukan pemain itu yang juga merupakan kapten pasukan Watford supaya menjaga urusan dalaman (Watford) dan menggesa pemain tersebut lebih bersikap berhati-hati dalam mengeluarkan komen serta kritikan.

"Troy Deeney tahu pendapat saya mengenai isu ini." 

"Dan pendapat saya hanya di antara saya dan beliau sahaja yang tahu."

"Saya telah berbincang bersama beliau mengenai segala-galanya."

"Mengenai apa yang dikatakan beliau, saya anggap isu ini telah selesai. Adalah penting bagi kami dan kelab, untuk pemain kami bercakap mengenai kerja kami dan apa yang kami lakukan sebagai satu pasukan."

"Kita mesti melihat ke dalam dan bukan di luar (urusan sendiri) serta menghormati diri kita juga."

"Pada masa itu, Troy memberikan pendapatnya tetapi sudah kini ianya selesai."

Post a Comment

Previous Post Next Post