Lacazette tolak PSG demi Arsenal.


Penyerang dan pemain termahal yang pernah dibeli oleh Arsenal, Alexandre Lacazette mendedahkan dimana beliau menolak peluang untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) demi Arsenal.

Lacazette menyertai Arsenal pada Julai lalu dengan nilai perpindahan tertinggi yang pernah dibuat Arsenal apabila membawa pemain ini menyertai mereka dengan nilai perpindahan yang dianggarkan £52.7 juta.

Penyerang kebangsaan Perancis berusia 26 tahun ini telah menjaringkan empat gol setakat ini bersama Arsenal dalam saingan liga mendedahkan dimana beliau mempunyai peluang untuk menyertai PSG dan namun sebaliknya beliau membuat keputusan untuk menyertai Arsenal.

Pendedahan beliau dibuat dalam satu temurah bersama RMC Sport yang dipetik pada laman Four Four Two.

"We talked to PSG but I knew it was not where I wanted to go. In France, I would only play for Lyon,"

"PSG could have helped me progress because of the big players they have but I wanted to play in another league."


Beliau turut meluahkan kepercayaan beliau bahawa Arsenal mampu untuk menjulang salah satu kejuaraan musim ini sama ada Juara Liga ataupun Liga Europa dengan skuad yang ada pada Arsenal ketika ini. 

Post a Comment

Previous Post Next Post