Tomas Rosicky the little Mozart

Tomas Rosicky atau lebih dikenali dengan gelaran 'The little Mozart' kerana kemampuan dan kehebatan beliau mengemudi bahagian tengah pasukan bagaikan Mozart yang mengemudi pasukan okestra beliau.

Gambar sekadar hiasan: Vienna Mozart Orchestra
Beliau (Rosicky) menyertai Arsenal daripada kelab Jerman, Borussia Dortmund pada Mei 2006 dengan nilai perpindahan yang tidak dinyatakan dan penyertaan beliau merupakan pengganti kepada Robert Pires yang menyertai pasukan Villarreal.

Pada peringkat awal penyertaan beliau kedalam skuad Arsenal, beliau diletakan pada bahagian sayap kiri (leff winger) oleh Wenger dalam beberapa perlawanan walaupun kekuatan pemain ini sebenarnya pada bahagian tengah (center midfielder) dan juga penyerang tengah (center midfielder).

Namun kebolehan beliau untuk beraksi pada posisi sayap pasukan terutamanya pada sayap kanan juga tidak boleh dinafikan tentang kehebatan dan kebolehan beliau ini.



Sebelum menyertai Arsenal, beliau telah menghabiskan lima musim bersama Dortmund dan pada musim pertama bersama kelab Jerman itu, beliau telah bermain pada hampir kesemua posisi pada bahagian tengah pasukan itu.

Menamatkan musim pertama bersama Dortmund (2001/2002) dengan membuat 49 penampilan dengan enam gol berjaya dijaringkan serta 20 bantuan gol berjaya dicipta beliau bagi kesemua pertandingan/kejohanan.

Prestasi Rosicky musim 2001/2002 bersama Dortmund
Posisi Penampilan Gol dijaringkan Bantuan gol dihasilkan
Attacking Midfield 37 4 12
Right Wing 8 2 7
Left Wing 1 - -
Central Midfield 2 - 1
Jumlah 49 6 20

Musim pertama beliau bersama Dortmund yang dipimpin oleh Matthias Sammer, beliau telah mengecapi musim yang paling gemilang dalam karier beliau bersama kelab tersebut apabila berjaya menjuarai liga (Bundesliga 2001/2002).

Dan musim itu juga merupakan musim pertama Sammer menjadi pengurus pasukan selepas musim sebelumnya hanya menjadi penolong pengurus kepada Udo Lattek yang membimbing Dortmund.

Sammer juga telah mencatat sejarah sebagai pengurus termuda yang pernah memenangi kejuaraan liga Jerman, Bundesliga pada usia 34 tahun.

Matthias Sammer
Bersama Dormund, Rosicky telah mengecapi kejayaan seperti :
➪  Juara Liga (Bundesliga) : 2001/2002.
➪ Naib juara UEFA Cup : 2001/2002. 
➪ Naib Juara DFB-Ligapokal : 2003.

Sepanjang tempoh beliau bersama Dortmund dari tahun 2001 sehingga 2006 beliau telah membuat 189 penampilan dengan 24 gol berjaya dijaringkan dan 46 bantuan gol berjaya dicipta beliau.

Tomas Rosicky berusia 20 tahun ketika menyertai Dortmund pada tahun 2001.



Arsenal

Pada 23 Mei 2006, pada usia 25 tahun, beliau secara rasmi telah menyertai Arsenal untuk tempoh jangka panjang dengan rekod perpindahan yang tidak didedahkan.

Dan berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh Wenger dan juga beliau apabila menyertai Arsenal.
We are delighted to welcome Tomas to our squad. He has great technique, skill on the ball and sharp passing. Tomas has good experience at all levels for club and country, and we look forward to welcoming him to Arsenal after what will hopefully be a successful summer for him at the World Cup. - Arsene Wenger

I’m really happy to be here at Arsenal, it is a great day for me. The team showed its strength recently in the Champions League and it has big potential with a lot of young players, I think we can be even better next season. This is the best club in Europe and I will give everything for Arsenal. Tomas Rosicky

Musim pertama beliau bersama Arsenal tidaklah begitu cemerlang sebagai mana beliau ketika bersama Dortmund pada musim pertama.

Walaupun jumlah gol yang dijaringkan adalah menyamai rekod musim pertama beliau bersama Dortmund, namun jumlah bantuan gol yang dihasilkan mengalami penurunan dengan hanya mampu menghasilkan empat bantuan gol berbanding 20 ketika bersama Dortmund (musim pertama).

Rekod penampilan musim pertama bersama Arsenal 2006/07
Saingan Penampilan Gol dijaringkan Bantuan Gol dihasilkan
Premier League 26 3 1
Champions League 5 1 -
FA Cup 4 2 1
Champions League Qualification 1 - -
EFL Cup 1 - 2
Jumlah 37 6 4

Penampilan Pertama
Debut pertama kompetitif beliau bersama Arsenal adalah pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah pada 8 Ogos 2006 menentang Dinamo Zagreb yang berkesudahan Arsenal menang 3-0.



Dan beliau beraksi sehingga ke minit 82 perlawanan sebelum dikeluarkan dan digantikan dengan Mathieu Flamini (Abg long masa ini baru berusia 22 tahun).


Skuad Arsenal menentang Dinamo Zagreb:
Almunia, Eboue, Toure, Hoyte, Djourou, Fabregas, Gilberto, Hleb, Rosicky (Flamini 82), Van Persie, Adebayor (Aliadiere 82).

Pemain simpanan: Poom, Cygan, Traore, Song, Reyes.

Gol Pertama


Beliau menjaringkan gol pertama bersama Arsenal pada 13 September 2006 dalam perlawanan menentang Hamburg bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah diperingkat kumpulan.

Dalam perlawanan itu, Arsenal berjaya menewaskan Hamburg 2-1 ditempat lawan.

Manakala gol pertama beliau bersama Arsenal dalam saingan liga pula dihasilkan pada 11 Februari 2007 ketika menentang Wigan Athletic dan gol tersebut dijaringkan pada minit ke-85 yang juga merupakan gol kemenangan Arsenal. (Arsenal menang 2-1 ditempat lawan).



Dan gol pertama beliau bersama Arsenal bagi saingan Piala FA pula adalah ketika menentang Liverpool pada pusingan ketiga, 6 Januari 2007 apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika Arsenal menumpaskan Liverpool 3-1 juga ditempat lawan.

Fakta menarik mengenai gol dan bantuan gol pertama yang dihasilkan beliau:
Gol Pertama
Nota Tarikh Keputsan Catatan
Liga Juara-Juara 13 September 2006 Hamburg 1-2 Arsenal Juga merupakan gol pertama bersama Arsenal.
Gol ditempat lawan
Liga Perdana 11 Februari 2007 Wigan Athletic 1-2 Arsenal Gol ditempat lawan
Piala FA 6 Januari 2007 Liverpool 1-3 Arsenal Gol ditempat lawan (2 gol)
Liga Perdana 14 April 2007 Arsenal 2-1 Bolton Gol pertama ditempat sendiri
Bantuan gol pertama
Liga Perdana 20 Januari 2007 Arsenal 2-1 Manchester United Dihasilkan ditempat sendiri
Piala EFL 31 Januari 2007 Arsenal 3-1 Spurs Dua bantuan gol dihasilkan
Piala FA 14 Febuari 2007 Bolton 1-3 Arsenal Bantuan gol pertama dihasilkan ditempat lawan

Kecederaan
Memulakan musim pertama bersama Arsenal dengan agak cemerlang, beliau yang diharapkan dapat meneruskan serta mempertingkatkan kecemerlangan beliau pada musim kedua bagaimanapun mengalami kisah sedih diawal tahun 2008.

Walaupun bermula dengan baik bagi musim kedua bersama Arsenal pada musim 2007/08 dengan membuat 26 penampilan dan lapan gol berjaya dijaringkan beliau, namun kecederaan menghalang beliau daripada meneruskan kecemerlangan bersama Arsenal.

Bulan Febuari 2008, beliau mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat panjang selama 434 hari dan terlepas 69 perlawanan untuk Arsenal termasuklah musim ketiga bersama Arsenal.

Musim ketiga bersama Arsenal tanpa sebarang aksi daripada beliau dalam mana-mana saingan / pertandingan.

Selepas berehat panjang untuk tempoh satu musim setengah, beliau kembali beraksi pada musim keempat bersama Arsenal (2009/10) dengan membuat 33 penampilan dengan tiga gol berjaya dijaringkan serta lima bantuan gol berjaya dicipta.

Beliau berusaha mengembalikan prestasi terbaik beliau dalam tiga musim selepas kembali daripada berehat panjang namun kecederaan sekali lagi menghantui beliau apabila kembali cedera dipenghujung musim 2011/12.

Sekali lagi beliau terpaksa berehat panjang dan kali ini tidaklah selama yang terdahulu namun beliau terlepas 20 perlawanan untuk Arsenal akibat berehat bagi memulihkan kecederaan selama 158 hari.



Dan sekali lagi beliau berjaya bangkit daripada masalah kecederaan yang dialami pada musim 2012/13 apabila berjaya mempamerkan kehebatan dan aksi cemerlang pada musim berikutnya (2013/14).

Namun kebangkitan itu tidak lama apabila episod malang 'The Little Mozart' akhirnya menjelma pada musim 2014/15 dimana beliau sekali lagi mengalami kecederaan yang berlanjutan (on off) sehingga ke akhir karier beliau bersama Arsenal.

Guard of Honour

Pada 15 Mei 2016, beliau menerima penghargaan dan penghormatan daripada Arsenal apabila diberikan 'guard of honour' selepas Arsenal mencapai kemenangan 4-0 menentang Aston Villa dengan hampir seluruh pasukan Arsenal ketika itu memakai jersi beliau 'Rosický 7'.


Video beliau diberikan Guard of Honour

Beliau dilepaskan Arsenal pada Julai 2016 selepas berakhirnya kontrak beliau bersama Arsenal.



Rekod kecederaan beliau bersama Arsenal
Musim Kecederaan Dari Sehingga Jumlah Hari Jumlah perlawanan terlepas
07/08 Knee Problems Jan 31, 2008 Apr 9, 2009 434 69
09/10 Thigh problems Aug 3, 2009 Sep 14, 2009 42 6
09/10 groin strain Dec 31, 2009 Jan 7, 2010 7 1
11/12 Achilles tendon surgery Jun 21, 2012 Nov 26, 2012 158 20
12/13 Ill Dec 20, 2012 Dec 27, 2012 7 1
12/13 Calf Problems Jan 7, 2013 Jan 24, 2013 17 4
13/14 Knee injury Sep 9, 2013 Sep 30, 2013 21 5
14/15 Hamstring Injury Dec 4, 2014 Dec 25, 2014 21 4
15/16 Knee-OP Jun 15, 2015 Jan 21, 2016 220 32
15/16 Muscle Injury Feb 1, 2016 Apr 4, 2016 63 13
15/16 Muscle fibre Jun 20, 2016 Jul 11, 2016 21

Rekod penampilan beliau bagi kesemua perlawanan kompetitif bersama Arsenal sepanjang 10 musim/tahun untuk kesemua kejohanan / saingan.

Musim Penampilan Gol dijaringkan Bantuan gol dihasilkan
2006/07 37 6 4
2007/08 26 8 -
2008/09 - - -
2009/10 33 3 5
2010/11 34 1 5
2011/12 38 2 4
2012/13 16 3 1
2013/14 39 3 1
2014/15 24 3 2
2015/16 5 - -
Jumlah 252 29 22



Manakala rekod beliau didalam saingan liga perdana bersama Arsenal adalah:

Penampilan Gol dijaringkan Bantuan gol dihasilkan
170 19 13

Kembali ke Sparta Prague

Pada 30 August 2016, beliau telah mengumumkan untuk menyertai kelab lama beliau yang ditinggalkan hampir 17 tahun.

Beliau membuat penampilan bersama kelab tersebut pada 10 September 2016 dalam perlawanan menentang Mladá Boleslav yang berkesudahan seri 2-2. Namun episod duka beliau kembali lagi apabila hanya mampu membuat penampilan selama 19 minit sebelum mengalami kecederaan.

Ekoran kecederan yang dialami beliau itu, beliau terlepas aksi baki saingan liga Czech musim 2016/17.

Setahun kemudian, pada 10 September 2017 beliau berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama skuad tersebut dalam perlawanan menentang Karvina yang berkesudahan Sparta berjaya menewaskan Karvina 2-0.

Dan bagi musim ini (2017/18) beliau telah membuat tujuh penampilan dengan satu gol berjaya dijaringkan beliau.

Sparta kini berada ditangga kelima liga dengan mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan dua kali kalah.


Antara pencapain beliau setakat ini:
Sparta Prague:
Juara liga Czech : 1998–99, 1999–2000

Borussia Dortmund:
Juara Bundesliga: 2001–02
Naib Juara UEFA Cup : 2001–02
Naib Juara DFB-Ligapokal : 2003

Arsenal:
Juara Piala FA: 2013–14, 2014–15
Naib Juara League Cup ): 2006–07,2010–11
Juara Piala Perisai Komuniti: 2014

Individu:
Czech Footballer of the Year: 2001, 2002, 2006 
Golden Ball (Rep.Czech): 2002 
Czech Talent of the Year: 1999

Post a Comment

Previous Post Next Post