Ospina tidak layak menjadi no.1 Arsenal?


Petr Cech ketika ini berusia 35 tahun dan menyertai Arsenal pada tahun 2015, dilihat bakal menjadi penjaga gol kedua Arsenal musim depan. 

Beliau masih memiliki kontrak sehingga Jun 2019 namun dengan aksi beliau dalam beberapa perlawan ketika ini dilihat sedikit goyah, ramai beranggapan dimana beliau sudah melepasi zaman kegemilangan beliau.

Pun begitu, peluang untuk seorang lagi penjaga gol Arsenal, David Ospina yang baru berusia 28 tahun ketika ini masih gagal untuk menggantikan Petr Cech.

Ospina dan Cech.
Ospina menyertai Arsenal terlebih dahulu daripada Cech namun sehingga kini beliau masih gagal menyaingi kehebatan penjaga gol berpengalaman ini.

Kontrak beliau (Ospina) juga bakal berakhir pada Jun 2019 dan beliau pada musim lalu hanya membuat 14 penampilan bersama skuad Arsenal dimana lapan kali dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah,  empat kali dalam saingan Piala FA dan hanya dua kali dalam saingan liga.

Keseluruhannya, beliau telah membuat 52 penampilan bersama Arsenal dengan melepaskan 59 gol manakala Cech pula  telah membuat 91 penampilan dengan 94 gol telah dilepaskan beliau. 

Arsenal musim ini (10 perlawanan ketika ini) telah dibocori sebanyak 13 kali berbanding 10 kali pada musim lalu dan lapan kali pada musim sebelum itu (2015/16) ketika mengharungi 10 perlawanan liga.

Dengan rekod bolos yang tinggi dicatatkan Arsenal, Wenger dilaporkan mahu mendapatkan seorang penjaga gol yang mampu memberi kelebihan pada benteng terakhir Arsenal.



Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Express, Wenger dikatakan mahu mendapatkan penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen bagi mengatasi masalah pada benteng terakhir Arsenal.

Marc-Andre ter Stegen, 25 tahun menyertai Barcelona pada tahun 2014 dengan beliau ketika itu berada dibelakang penjaga gol utama Barcelona, Claudio Bravo namun penghijrahan Bravo menyertai Manchester City pada musim lalu memberi peluang kepada beliau untuk menjadi penjaga gol utama Barcelona.

Marc-André ter Stegen
Pemain kebangsaan Jerman ini bagaimanapun telah menandatangani kontrak baru bersama Barcelona yang menyaksikan beliau bakal berada bersama kelab tersebut sehingga 2022.

Dan jika Arsenal benar-benar mahukan pemain ini, kemungkinan Arsenal terpaksa berbelanja dengan lebih besar bagi mendapatkan seorang penjaga gol dimana beliau ketika ini mempunyai klausa pelepasan kontrak berjumlah £156juta jika Barcelona tidak berhajat melepaskan pemain ini.
Barcelona goalkeeper Marc-Andre ter Stegen signs new contract with £156MILLION release clause - Mirror.
Selain terpaksa mengeluarkan belanja besar bagi mendapatkan Marc-Andre ter Stegen, Arsenal juga terpaksa bersaing dengan kelab-kelab gergasi Eropah yang lain yang turut dikatakan berminat untuk mendapatkan penjaga gol Barcelona ini.

Penghijrahan Bravo ke Manchester City buka peluang buat Marc-André ter Stegen di Barcelona.
Juventus dan Paris Saint-Germain antara kelab gergasi Eropah yang dilalaporkan turut berminat untuk mendapatkan penjaga gol ini.

Marc-Andre ter Stegen musim ini telah membuat 15 penampilan bersama Barcelona dalam kesemua pertandingan dengan melepaskan sembilan gol serta berjaya mengekalkan gawang daripada dibolosi sebanyak sembilan perlawanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post