Arsenal terselamat daripada menerima hukuman


Kira-kira hampir 20,000 penyokong Cologne yang datang dari Jerman membanjiri London bagi menyaksikan perlawanan Liga Europa (menentang Arsenal) yang mana merupakan perlawanan pertama kelab tersebut diperingkat Eropah selepas 25 tahun tidak beraksi diperingkat ini.

Dan kebanjiran puluhan ribu penyokong Cologne ini mencetuskan kekecohan yang akhirnya menyebabkan perlawanan terpaksa dimulakan lewat sejam daripada jadual asal.

Berikutan itu, pihak UEFA telah membuka prosiding tatatertib terhadap kedua-dua pasukan iaitu Cologne dan Arsenal ekoran kegagalan mengawal kekecohan tersebut.

Baca : UEFA dakwa Arsenal dan Cologne

Namun Arsenal terselamat daripada menerima hukuman daripada UEFA namun tidak buat pasukan Cologne dimana mereka telah dikenakan denda sebanyak €60,000.
Cologne have been fined €60,000 by UEFA following the crowd trouble at their Europa League match with Arsenal at the Emirates Stadium. - Goal
Sebelum itu, Arsenal didakwa diatas pertuduhan dimana mereka telah menghalang atau menutup laluan (tangga) pada bahagian tempat duduk (zon penyokong) pelawat namun tiada sebarang denda dikenakan terhadap pertuduhan ini.

Kebanjiran puluhan ribu penyokong Cologne mencetuskan huru-hara dan kerosakan pada Stadium Arsenal.
Manakala kelab Jerman (Cologne) itu didenda sebanyak €60,000 ekoran tindakan penyokong mereka yang mencetuskan kekecohan dan kerosakan pada Stadium Arsenal.

Kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong Colonge.
Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk menjual tiket bagi perlawangan peringkat Eropah untuk mana-mana perlawanan ditempat lawan selama dua tahun.

Cologne juga diperintahkan untuk menyelesaikan bersama Arsenal berkenaan kos dan nilai kerosakan yang musnah akibat dilakukan oleh penyokong mereka terhadap Stadium dan kemudahan yang terdapat di Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post