Pemain tidak mempamerkan aksi terbaik.


Walaupun berjaya menewaskan Brighton 2-0, namun persembahan Arsenal dalam perlawanan ini boleh dikatakan bukan berada pada tahap terbaik.

Yang penting adalah kemenangan, mungkin ini adalah yang paling sesuai diungkap untuk menggambarkan permainan dan prestasi Arsenal pada perlawanan itu.

Video jaringan gol oleh Monreal dan Iwobi

Mengharungi jadual perlawanan yang padat dimana Arsenal telah bermain tiga perlawanan dalam masa seminggu, menentang West Brom pada 25 September, menentang BATE pada 28 September dan menentang Brighton pada 1 Oktober memaksa Wenger untuk melakukan penggiliran (rotation) pemain bagi memastikan skuad yang diturunkan adalah benar-benar cergas.

Tarikh Saingan Lawan Keputusan
25 September Liga Perdana Arsenal vs West Brom 2-0
28 September Liga Europa BATE vs Arsenal 2-4
1 Oktober Liga Perdana Arsenal vs Brighton and Hove Albion 2-0

Dan kesan daripada penggiliran pemain ini mungkin merencatkan sedikit prestasi pemain bagi membentuk kembali persefahaman ataupun mengekalkan rentak permainan yang mantap dikalangan mereka.

Lebih-lebih lagi liga baru sahaja memasuki perlawanan ketujuh musim ini.



Pada perlawanan itu, Arsenal yang menguasi perlawanan dengan 65% penguasaan didalam padang hanya mampu menjaringkan dua gol yang mana masing-masing dijaringkan pada separuh masa pertama dan kedua perlawanan.

Statistik Perlawanan
Arsenal vs Brighton
25 Shots 9
12 Shots on target 1
48 % Shot Accuracy 11.1%
14 Shot Inside The Box 4
11 Shot Outside The Box 5
1 Shot on bar 1
65% Possession 35%

Serangan Arsenal yang banyak menumpukan ataupun bermula daripada tengah gagal untuk memecahkan benteng pertahan Brighton yang dilihat lebih selesa bertahan pada 'defensive third' mereka dan kekal 'compact' menghadapi serangan dan gerakan Arsenal.

Heatmap Arsenal dan Brighton
Sepuluh minit pertama perlawanan Arsenal begitu mendominasi perlawanan namun hanya mempu membuat beberapa percubaan jarak jauh selain menyaksikan percubaan Lacazette yang terkena tiang gol pada minit kedua perlawanan.
Dan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-16 dijaringkan oleh Monreal itu berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Xhaka dan melihat kepada set piece tersebut ianya amat mengecewakan walaupun membuahkan hasil (gol).
Xhaka mencari sudut jauh kebelakang untuk mendapatkan Lacazette yang tidak mampu menyempurnakan hantaran tersebut yang dilihat terlalu sukar dan beliau hanya mampu menanduk kedalam padang (saat bola hampir terkeluar daripada kawasan permainan).

Arsenal yang menguasai perlawanan jelas mengamalkan hantaran pendek namun dari segi percubaan, hampir separuh percubaan Arsenal dilakukan dari luar kawasan penalti Brighton.

Zon percubaan Arsenal.
Posisi ataupun punca gerakan serangan Arsenal.
Sudut serangan ataupun percubaan Arsenal.
Percubaan kedua-dua pasukan.
Jenis hantaran kedua-dua pasukan.
Jika merujuk kepada statistik perlawanan, ianya boleh dianggap satu perlawanan yang menarik.  Namun menentang pasukan yang baru menyertai Liga Perdana musim ini, kemenangan 2-0 ini bukan sesuatu yang diharapkan oleh sebahagian peminat dan penyokong Arsenal.

Bukan bermaksud memandang rendah kepada keupayaan Brighton dan bukannya tidak bersyukur diatas kemenangan ini, namun secara jujurnya penulis mengharapkan kemenangan besar malam tadi.

Pun begitu, melihat kepada proses penggiliran (rotation) pemain ini, membuatkan penulis memahami kesukaran Arsenal ketika ini.

Dan pemain-pemain ini masih belum mempamerkan aksi sebenar mereka dan harus diingat, Wenger dan pihak pengurusan mensasarkan kejuaraan liga musim ini.

Dengan persembahan yang kurang menyakinkan ketika ini berbanding skuad lain yang mampu mempersembahkan gaya dan corak permainan yang menarik serta menyakinkan ketika ini, masih banyak yang perlu dilakukan oleh Wenger.

Perkara ini sendiri turut diakui Wenger, walapun beliau memuji prestasi kosisten pasukan dalam mengekalkan rekod kemenangan, namun beliau turut mengakui dimana para pemain yang diturunkan semalam tidak berada pada tahap terbaik mereka.
Wenger admitted his players were not at their best against Brighton, but highlighted the importance of going into the two-week international break with a victory. - FourFourTwo
Wenger juga mengesahkan dimana tiga pemain utama Arsenal yang mengalami kecederaan iaitu Laurent Koscielny (Achilles), Danny Welbeck (groin) dan Mesut Ozil (knee) tidak akan menyertai skuad kebangsaan masing-masing bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia.

Post a Comment

Previous Post Next Post