Arsene Wenger memecahkan rekod yang dikongsi bersama Sir Alex Ferguson apabila berjaya menewaskan Brighton and Hove Albion 2-0 semalam.

Kemenangan Arsenal keatas Brighton itu membuatkan Wenger kini memegang atau mencipta rekod baru apabila berjaya menewaskan 45 kelab berbeza dalam saingan Liga Perdana Inggeris.



Sebelum ini beliau berkongsi rekod bersama bekas pengurus lagenda Manchester United, Sir Alex Ferguson yang berjaya menewaskan 44 pasuan ataupun kelab berbeza dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini Wenger dan Ferguson berkongsi rekod kemenangan berjaya menewaskan 44 kelab berbeza dalam liga.
Dalam perlawanan itu, Nacho Monreal dan Alex Iwobi masing-masing berjaya menjaringkan satu gol ke atas pasukan Brighton yang buat kali pertama berkunjung ke Stadium Emirates untuk memastikan Wenger memecahkan rekod Ferguson yang mengalahkan 44 pasukan berbeza ketika beliau (Ferguson) menjadi pengurus Manchester United.

Post a Comment

Previous Post Next Post