Petanda Xhaka bakal disisihkan

Granit Xhaka, 25 tahun menyertai Arsenal pada Mei 2016 dengan rekod perpindahan yang dianggarkan sekitar £35 juta.

Dan beliau setakat ini telah membuat 56 penampilan bersama Arsenal dengan empat gol berjaya dijaringkan beliau untuk kesemua pertandingan / kejohanan yang disertai Arsenal.

Selain itu beliau turut menyumbangkan tujuh bantuan gol disepanjang pernyertaan beliau bersama Arsenal.

Namun disebalik rekod yang agak menarik mengenai jaringan dan bantuan gol dihasilkan beliau, pemain ini seringkali melakukan kesilapan yang merugikan kepada pasukan ketika perlawanan.

Kesalahan-kesalahan yang menyebabkan pihak lawan mendapat peluang untuk menjaringkan gol (defensive erros) serta masalah disiplin yang menyaksikan beliau setakat ini telah mengumpul 13 kad kuning dan dua kad merah sepanjang beliau beraksi bersama Arsenal.

Musim Penampilan Gol Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah
2016/17 46 4 3 12 2
2017/18 10 - 4 1 -
Jumlah 56 4 7 13 2



The return of Jack Wilshere
Kembalinya Jack Wilshere ketika ini dilihat berjaya mempamerkan aksi yang begitu mantap dan mengagumkan lebih-lebih lagi ketika bergandingan bersama Ramsey pada perlawanan yang menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan Everton 5-2 minggu lalu, dilihat salah satu sebab mengapa Xhaka bakal disisihkan daripada skuad utama Arsenal bagi saingan liga.

Gandingan lama yang cukup serasi dan memahami corak permain sesama mereka (Wilshere dan Ramsey), dilihat mampu memberikan kelainan pada bahagian tengah Arsenal yang mana ketika ini dilihat kurang efektif dan kreatif dalam memberi sokongan kepada bahagian serangan dan juga pada bahagian pertahanan.

Ganding dua pemain lama Arsenal, Wilshere dan Ramsey mampu cetus kelainan.



Ainsley Maitland-Niles.
Selain Wilshere, seorang lagi pemain yang boleh menyebabkan Xhaka berada dibangku simpanan adalah pemain muda yang semakin meningkat naik, Ainsley Maitland-Niles.

Berusia 20 tahun, Maitland-Niles telah membuat tiga penampilan dalam saingan Liga Europa, dua kali dalam saingan Piala Carabao dan sekali dalam saingan liga dilihat mampu mengisi skuad utama Arsenal musim ini.

Kelebihan pemain muda ini adalah dimana beliau mampu beraksi dipelbagai posisi walaupun posisi utama beliau adalah pada bahagian tengah (CM), namun beliau juga mampu beraksi pada sayap kanan(RW),sayap kiri (LW) dan juga pertahanan tengah (CB).

Dan Wenger melalui laman rasmi Arsenal bagaikan memberi isyarat kepada Xhaka bahawa pemain remaja itu mampu menggantikan beliau bila-bila masa sahaja.
The huge advantage of Maitland-Niles, and the disadvantage as well, is that he can play everywhere. - Wenger
"Menjadi seorang pengurus, anda kadang-kala menggunakan kuasa (keselesaan) yang ada pada anda untuk meletakkan dimana (posisi) pemain itu harus beraksi, dimana anda mahukan pemain itu beraksi"

"Beliau boleh bermain pada posisi sayap (flanks) tanpa sebarang masalah kerana memiliki kelajuan dan bijak, cuma hanya memerlukan sedikit tenaga tambahan bagi beraksi selama 90 minit"

"Pun begitu, selain kepantasan, beliau sangat cemerlang dalam mengawal bola dan juga mampu mencuri bola daripada pihak lawan"

"Dan beliau juga mampu beraksi pada bahagian tengah (CM) dan saya mengakui dimana beliau semakin hampir untuk menjadi pemain utama serta berada didalam skuad utama Arsenal (kesebelasan utama)" 

"Saya pasti menjadi orang pertama yang bersedih jika beliau gagal menempatkan diri dalam skuad utama"

"Posisi utama dan kegemaran beliau adalah sebagai pemain tengah (CM) dan saya percaya bahawa posisi tersebut bakal menjadi milik beliau"

Maitland-Niles merupakan produk dari Akademi Arsenal yang mana disertai pemain itu pada usia 6 tahun dan telah mewakili skuad U21 Arsenal pada musim 2013/14 setelah berjaya mewakili skuad U18 Arsenal pada 2012/13.

Musim 2015/16 beliau telah dipinjamkan selama semusim kepada kelab Ipswich Town sebelum kembali ke Arsenal bersama skuad U23.

Musim ini (2017/18) Wenger telah menyenaraikan beliau didalam skuad utama Arsenal.

Dan kata-kata Wenger yang menyatakan dimana posisi CM bakal menjadi milik pemain ini (Maitland-Niles) selain menegaskan bahawa masa untuk pemain ini beraksi selaku pemain tetap dan utama semakin hampir, seolah-olah memberi isyarat kepada Xhaka (bersedia dibangku simpanan).

Post a Comment

Previous Post Next Post