Chelsea 'reject' Nketiah


Pemain muda Arsenal mencipta kejutan pagi tadi apabila berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Norwich bagi saingan Piala Carabao 2017 dan lebih mengagumkan dimana kedua-dua gol yang dijaringkan itu merupakan gol penting perlawanan.

Eddie Nketiah dilahirkan pada 20 Mei 1999, lebih kurang tiga tahun selepas Wenger dilantik menjadi pengurus Arsenal, menjaringkan gol penyamaan hanya selepas 15 saat dimasukkan pada minit ke-85 perlawanan.

Ketika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan setelah terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar perlawanan, beliau sekali lagi menjaringkan gol penting pada minit ke-96 dan jaringan itu juga merupakan gol kemenangan Arsenal keatas Norwich City.

Dua gol tersebut berjaya membawa Arsenal ke pusingan seterusnya bagi saingan Piala Carbao (EFL Cup) 2017.



Di'reject' Chelsea
Eddie Nketiah, sebelum ini pernah berputus asa apabila beliau dilepaskan Chelsea, kelab yang disertai beliau pada tahun 2008.

Hampir tujuh tahun bersama Chelsea, beliau akhirnya dilepaskan ketika berada bersama skuad U14 pada tahun 2015.

Disaat beliau merasakan begitu kecewa, Arsenal muncul selaku penyelamat kepada bakat dan karier bolasepak beliau apabila mengambil dan menawarkan biasiswa kepada beliau menyertai akademi Arsenal pada tahun 2015 selepas dilepaskan Chelsea.

"I was so down, but then Arsenal found out I was available, contacted my family and invited me to train,"

"Within a week I was told that I would be offered a scholarship. I think it is important to bounce back quickly from disappointment and Arsenal gave me the opportunity to do that."

-- Goal

Nketiah menandatangani kontrak bersama Arsenal.
Beliau ketika menandatangani kontrak bersama Arsenal turut mendedahkan dimana hari tersebut (menyertai Arsenal) merupakan hari yang paling gembira buat dirinya selepas meninggalkan Chelsea.

Petikan kata-kata beliau pada tahun 2015 sewaktu menandatangi kontrak bersama Arsenal yang dipetik daripada sumber Express.

"The day Arsenal showed they were interested in me was one of the happiest days I can remember."

"It wasn’t only because I’ve always been an Arsenal fan, but two days earlier I was told that I would be released by Chelsea and not given a scholarship for this season."



Wenger tidak percaya


Kepercayaan yang diberikan oleh Arsenal dan Wenger terhadap beliau pagi tadi nyata berbaloi apabila Nketiah berjaya membawa Arsenal ke peringkat seterusnya saingan Piala Carabao 2017, sekaligus memberi ruang sekali lagi kepada beliau untuk beraksi pada kejohanan ini (peringkat seterusnya).

Dan Wenger pada laporan hari ini, bagaikan tidak percaya mengapa Chelsea melepaskan atau mensia-siakan bakat muda ini.

"I don't know why exactly Chelsea let him go or if he decided to leave, but young players more and more nowadays travel from one club to another. We're happy to have him," said Wenger.

Dan menurut laporan tersebut, Nketiah dilepaskan Chelsea hanya kerana fizikal beliau yang terlalu kecil dan rendah.

Nketiah was a schoolboy with Chelsea until 2015, when he was released for being too short. The 5ft 8in striker was then taken on trial by Arsenal and on Tuesday scored his first senior goals for the club - the second with his head.
- Evening Standard.

Persembahan menakjubkan Nketiah turut mendapat pujian Henry apabila lagenda Arsenal ini memuji persembahan beliau pada laman twitter beliau dan beliau sememangnya menjangkakan prestasi tersebut daripada Nketiah.

Post a Comment

Previous Post Next Post