Post match: Red Star Belgrade vs Arsenal


Mungkin ada yang mengatakan perlawanan ini sangat membosankan dan ada juga yang mengatakan terlalu sukar buat Arsenal menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Menentang Red Star Belgrade (RSB) ditempat lawan bukanlah tugas mudah buat Arsenal lebih-lebih lagi apabila barisan kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini terdiri daripada campuran pemain skuad kedua Arsenal dan juga pemain remaja Arsenal.

Satu-satunya pemain yang boleh dianggap pilihan utama Arsenal (skuad utama ataupun team A) yang beraksi semalam adalah Petr Cech.

Giroud dan Walcott bukan lagi pemain pilihan utama Arsenal ketika ini begitu juga Wilshere yang masih belum diberi kepercayaan oleh Wenger untuk membarisi skuad utama Arsenal dalam saingan liga ataupun berada dalam 'team A'.

Namun pujian harus diberikan kepada mereka terutamanya pemain muda Arsenal seperti Nelson, Willock dan Maitland-Niles dalam mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam memenangi perlawanan ini (1-0).

Kesebelasan utama Arsenal menentang RSB.
Arsenal (3-4-2-1): Cech; Holding, Elneny, Debuchy; Nelson, Coquelin, Willock, Maitland-Niles; Walcott, Wilshere; Giroud.

Dengan barisan tengah dipimpin oleh Coq dalam mengetuai pemain remaja Arsenal untuk membantu barisan pertahanan dan juga serangan Arsenal, boleh dikatakan mereka telah melaksanakan tugas dengan cukup cemerlang.

Mereka (barisan tengah) berjaya mengimbangi tugas mereka dalam memberikan sokongan kepada barisan pertahan dan serangan dengan cukup cemerlang dan ini dapat dilihat dengan heatmap yang dikeluarkan oleh WhoScored.

Heatmap keseluruhan pemain Arsenal  vs RSB (⤌ arah serangan Arsenal).
Heatmap barisan tengah Arsenal (Nelson, Coquelin, Willock, Maitland-Niles) (⤌ arah serangan Arsenal).
Gerakan dan serangan Arsenal pada perlawanan ini lebih tertumpu pada bahagian sayap kanan yang dimainkan dengan cemerlang oleh pemain remaja Arsenal, Reiss Nelson. 

Walaupun dibarisi pemain muda, Arsenal jelas menguasai perlawanan namun barisan pemain RSB yang menerima sokongan padu penyokong juga cemerlang dengan kerap kali mencetuskan kerisauan apabila melancarkan serangan balas.

Mujur kecekapan penjaga gol Arsenal, Petr Cech berjaya menghalang usaha mereka.

Formasi dan kesebelasan utama RSB.
Separuh masa pertama, Arsenal dilihat begitu sukar untuk menembusi barisan pertahanan RSB yang bermain secara defensive dan melancarkan serangan melalui counter attack.

Ini dapat dilihat dimana RSB lebih banyak mengancam benteng pertahanan Arsenal dan mereka juga lebih banyak membuat percubaan kearah pintu gol Arsenal berbanding percubaan yang dilakukan oleh Arsenal terhadap gawang RSB.

Statistik separuh masa pertama (Arsenal belah kanan).
Walaupun Arsenal menguasai perlawanan, namun dari jumlah percubaan jelas menjadi milik RSB yang berjaya membuat sebanyak  tujuh kali percubaan berbanding tiga dilakukan oleh Arsenal.

Statistik serangan dan percubaan kedua-dua pasukan bagi separuh masa pertama (Arsenal belah kanan).
Gandingan Nelson dan Walcott pada bahagian sayap kanan (right flank) Arsenal, memberikan sedikit ancaman melalui gerakan yang menarik (kelebihan pace yang dimiliki mereka berdua) namun masih gagal membuahkan hasil.

Sebaliknya, RSB kekal dengan disiplin bertahan dan mengekalkan posisi serta mampu mengesan dan mematahkan serangan yang dilakukan Arsenal tetap mampu melancarkan serangan berbahaya terhadap Arsenal.

Bagi Arsenal yang menurunkan Elneny, Debuchy dan Holding dibarisan pertahan dilihat sedikit tidak teratur terutamanya Holding yang dilihat sukar untuk menentukan bila masa untuk 'drop deep' dan bila masa untuk naik keatas.

Perangkap offside Arsenal juga kurang efektif melalui gandingan ketiga-tiga pemain pertahanan ini.

Statistik pertahan kedua-dua pasukan (Arsenal belah kanan).
Memasuki babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan mempertingkatkan tempo permainan dengan Arsenal kali ini lebih banyak melancarkan serangan serta percubaan.

Tekanan yang diberikan Arsenal terhadap RSB akhirnya menyebabkan pasukan itu (RSB) terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Milan Rodic (pertahanan kiri) dilayangkan kad merah (kad kuning kedua).

Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh barisan pemain Arsenal apabila lima  minit kemudian Giroud berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan yang juga merupakan gol kemenangan Arsenal.

Statistik perlawanan (Arsenal belah kanan).

Statistik hantaran (Arsenal jelas mengamalkan hantaran pendek).
Walaupun menguasai perlawanan, barisan pertahanan Arsenal juga teruk diasak.
Video dibawah menunjukkan dimana terowong 'negeri' laluan pemain memasukki padang.


Highlights

Post a Comment

Previous Post Next Post