Nilai sebuah pasukan musim ini 2017/18


Sebagaimana yang kita semua ketahui, Arsenal musim ini tidak melakukan pembelian pemain yang boleh dianggap 'mewah' selain Alexandre Lacazette dan Sead Kolasinac namun itu tidak mencerminkan bahawa skuad Arsenal tidak semahal pasukan lain.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sky Sports semalam (20 Oktober 2017), Arsenal merupakan pasukan kelima liga yang berbelanja besar dalam membentuk skuad bagi menghadapai saingan liga musim ini, 2017/18.

Manakala Huddersfield merupakan pasukan yang terendah dan termurah dalam membentuk pasukan mereka musim ini (selepas menyertai layak menyertai Liga Perdana musim ini).

Pemain-pemain Huddersfield meraikan kemenangan mereka bersama penyokong. Kredit gambar : Mirror
Pasukan ini hanya bernilai £50juta sahaja bagi keseluruhan pemain mereka dalam membentuk skuad menghadapi saingan liga.


Dan pasukan kedua yang terendah nilainya dalam membentuk pasukan mereka adalah Brighton dengan hanya berjumlah £58.7 juta.

Pemain termahal Brighton adalah seperti Jose Izquierdo (£16 juta), Davy Propper (£11.7juta) Mathew Ryan (£6juta), Shane Duffy (£4juta), Markus Suttner (£3.8juta), Anthony Knockaert (£3.15juta) Glenn Murray dan Pascal Gross (kedua-dua mereka £3juta).

Jose Izquierdo merupakan pemain termahal Brighton bernilai £16 juta. Kredit gambar : The Argus
Manchester United, walaupun mempunyai beberapa pemain termahal liga ketika ini seperti Paul Pogba (£93.25 juta), Romelu Lukaku (£90 juta) dan Anthony Martial (£57.6 juta), namun pasukan ini bukanlah pasukan termahal liga (dari segi jumlah nilai pemain yang digunakan) sebaliknya jiran mereka iaitu Manchester City merupakan pasukan yang paling bernilai dan berbelanja paling besar bagi membentuk skuad musim ini secara keseluruhan.

Manchester City telah membelanjakan £652.6juta bagi membentuk skuad mereka musim ini (2017/18).
Nilai keseluruhan pemain Manchester City musim ini berjumlah £652.6juta.

Dan jumlah itu hampir menyamai 11 kali lebih banyak berbanding skuad Brighton untuk pemain yang digunakan oleh mereka setakat ini.

Lima pasukan tertinggi (jumlah nilai pemain) bagi membentuk pasukan musim ini adalah: 

1. Manchester City = £652.6 juta.
2. Manchester United = £573.4 juta.
3. Chelsea = £430.1 juta.
4.  Liverpool = £298.5 juta.
5. Arsenal = £296.7 juta.

Info grafik mengenai jumlah nilai pemain yang digunakan oleh setiap pasukan musim ini (kredit : Sky Sports).

Senarai pasukanbagi kedudukan 6-10.
6. Tottenham = £243.7 juta.
7. Everton = £225.6 juta.
8. Crystal Palace = £165.1 juta.
9. Southampton = £148.7 juta.
10. West Ham = £145.4 juta.

Berikut adalah carta kedudukan untuk membandingkan kos perbelanjaan bagi skuad utama (kedudukan pasukan - jumlah perbelanjaan pembelian pemain) dengan kedudukan terkini didalam liga.

*Carta kedudukan terkini liga sebelum perlawanan minggu ini berlangsung dan nilai pembelian pemain yang tidak didedahkan oleh kelab digunakan dalam nilai anggaran pasaran terkini oleh  transfermarkt.co.uk.


Sumber dan kredit : Sky Sports

Post a Comment

Previous Post Next Post