Setelah hampir dua minggu liga berehat bagi memberi laluan kepada kelayakan Piala Dunia 2018, kini aksi Liga Perdana Inggeris bakal menemui peminat pada hujung minggu ini.
Dan Arsenal akan berkunjung ke Vicarage Road menghadapi Watford dalam saingan liga untuk perlawanan ke-8 liga.
Berkunjung ke tempat lawan dengan misi mencari kemenangan kelima liga selain mahu mengekalkan rekod tanpa kalah. Kali terakhir Arsenal mengalami kekalahan adalah pada 27 Ogos lalu ditangan Liverpool.
Premier League
Ahad, 15 Oktober, 12:30 Pagi
Vicarage Road, Watford
Referee: Neil Swarbrick
Assistants: Scott Ledger, Adrian Holmes
Fourth official: Graham Scott
Namun tugas getir buat Arsenal apabila barisan pertahanan ketika ini sedikit goyah dengan ketiadaan Mustafi yang mengalami kecederaan pada aksi kelayakan Piala Dunia bersama skuad Jerman.
Lebih perit lagi, status Koscielny juga masih belum dapat dipastikan sama ada cukup cergas atau tidak bagi menghadapi perlawanan ini.
on if Koscielny could play at Watford…
Koscielny has a definite final test tomorrow. At the moment, he’s not available. He trained on his own and the first signs are positive, so we decided to give him a test tomorrow. - Arsenal (12 Oktober 2017)
Waftord ketika ini berada ditangga kelapan liga dan menentang mereka ditempat lawan bukanlah satu perlawanan yang boleh dianggap mudah walaupun mereka mengalami kekalahan besar (6-0) ditempat sendiri kepada Manchester City, 16 September lalu.
Kedudukan liga dan prestasi kedua-dua pasukan setakat ini.
R | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata | Form |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
5 | Arsenal | 7 | 4 | 1 | 2 | 11 | 8 | +3 | 13 | LWDWW |
8 | Watford | 7 | 3 | 3 | 1 | 11 | 12 | -1 | 12 | DWLWD |
R= Ranking, P= Jumlah Perlawanan, M=Menang, S=Seri, K=Kalah, J=Jaringan, B=Bolos |
Mereka (Watford) berjaya bangkit dalam dua perlawanan seterusnya (selepas kekalahan ditangan City) apabila berjaya menewaskan Swansea, 2-1 ditempat lawan sebelum seri 2-2 menentang West Bromwich Albion juga ditempat lawan.
Perkembangan Arsenal
Shkodran Mustafi terpaksa diketepikan (direhatkan) akibat mengalami kecederaan ketika aksi bersama skuad Kebangsaan Jerman dalam kelayakan Piala Dunia 2018. Beliau dijangka berehat untuk tempoh sekurang-kurang sebulan.
Manakala Laurent Koscielny dilaporkan kembali cergas setelah mengalami kecederaan Achilles, namun aksi beliau hanya akan ditentukan selepas menjalani ujian dan pengesahan pasukan perubatan serta kecergasan Arsenal hari ini.
Sead Kolasinac yang dilaporkan mengalami sedikit kecederaan (hip) dijangka bakal diturunkan walaupun Wenger mahu menilai terlebih dahulu kecederaan beliau.
Status Alexis Sanchez juga diragui dan kemungkinan berada dibangku simpanan memandangkan beliau paling lewat kembali ke Arsenal selepas berakhirnya tugasan bersama skuad kebangsaan Chile.
Mesut Ozil dan Danny Welbeck kembali cergas dan dilaporkan tidak mengalami masalah untuk beraksi pada perlawanan ini.
Theo Walcott, Alex Iwobi and Jack Wilshere turut dijangka beraksi pada perlawanan ini atau setidak-tidaknya berada didalam senarai skuad yang bakal menghadapi Watford.
Mesut Ozil dan Danny Welbeck kembali cergas dan dilaporkan tidak mengalami masalah untuk beraksi pada perlawanan ini.
Theo Walcott, Alex Iwobi and Jack Wilshere turut dijangka beraksi pada perlawanan ini atau setidak-tidaknya berada didalam senarai skuad yang bakal menghadapi Watford.
Perkembangan Watford
Pasukan ini turut menghadapi masalah ekoran ketiadaan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan.
Marco Silva selaku pengendali pasukan dijangka sekali lagi terpaksa mencari formula baru dalam membentuk pasukan beliau setelah bintang mereka André Carrillo masih belum dapat dipastikan tahap kecergasan beliau setelah kembali daripada tugasan bersama skuad Peru.
Dan jangkakan Miguel Britos, Andre Gray dan Roberto Pereyra bakal turun dalam kesebelasan utama Watford bagi menghadapi Arsenal.
Pemain yang perlu diberikan perhatian oleh barisan pertahanan Arsenal.
Richarlison |
Richarlison, pemain sayap kelahiran Brazil berusia 20 tahun ini dianggap salah seorang pemain berbahaya Watford ketika ini.
Beliau memiliki kelincahan serta kelajuan yang mampu mengucar-kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.
Dengan enam kali berada didalam kesebelasan utama Watford dan sekali sebagai pemain gantian, beliau telah berjaya menjaringkan tiga gol dan satu bantuan gol dalam tujuh aksi liga setakat ini.
Beliau juga merupakan salah seorang penjaring dalam membantu Watford mengikat West Brom 2-2 dalam aksi liga sebelum liga berehat baru-baru ini.
Abdoulaye Doucouré |
Seorang lagi pemain Watford yang perlu diberi perhatian adalah Doucoure, pemain tengah yang juga mampu beraksi sebagai defensive midfielder kelahiran Mali.
Berusia 24 tahun, beliau musim ini telah membuat tujuh penampilan bersama Watford bagi saingan liga dan berjaya menjaringkan tiga gol setakat ini.
Corak Serangan dan Percubaan Watford
Arah gerakan serangan Watford. |
Kedua-dua pemain ini mempunyai kepantasan dan mampu membuat hantaran yang berbahaya dikawasan gol lawan. Dan ini menyebabkan banyak percubaan kearah pintu gol lawan tertumpu pada sudut tengah (rujuk info grafik dibawah).
Sudut percubaan pasukan Watford. |
Barisan kemungkinan Watford (4-2-3-1) |
Barisan kemungkinan Arsenal (3-4-2-1) |
Arsenal | Watford | ||||
---|---|---|---|---|---|
Pemain | Kecederaan | Dijangka Pulih | Pemain | Kecederaan | Dijangka Pulih |
Shkodran Mustafi | Thigh | Tidak dapat dipastikan | Isaac Success | Knee | Tidak dapat dipastikan |
Laurent Koscielny | Achilles | 14 Oktober | Nathaniel Chalobah | Knee | Tidak dapat dipastikan |
Calum Chambers | Hip | 14 Oktober | Younes Kaboul | Hamstring | Tidak dapat dipastikan |
Santi Cazorla | Plantaris | Tidak dapat dipastikan | Sebastian Prodl | Hamstring | 14 Oktober |
Craig Cathcart | Knee | Tidak dapat dipastikan | |||
Thomas Hoban | ACL | Tidak dapat dipastikan |
sumber: Arsenal, Watford