Wonderkid Borussia Dortmund.

Biasa dengar nama Moukoko? Jika anda pernah bermain Championship Manager (CM) pasti anda 'familiar' dengan nama Tonton Zola Moukoko bah pemain ini merupakan pemain kegemaran (pemain wajib dibeli dan dimiliki) penulis ketika bermain CM.

Dalam mengikuti perkembangan bolasepak dunia, penulis sememangnya tertarik dengan nama Moukoko dan terbaru kisah 'Moukoko' menjadi hangat di media antarabangsa.

Namun Moukoko yang dimaksudkan bukanlah Tonton Zola Moukoko yang berbisa sebagaimana didalam CM, Moukoko yang dimaksudkan ini adalah pemain  'wonderkid' Dortmund iaitu Youssoufa Moukoko dan beliau sangat berbisa ketika ini.

Tonton Zola Moukoko -  bintang CM.
Menariknya wonderkid ini adalah beliau baru sahaja berusia 12 tahun dan beraksi didalam skuad U17 Dortmund selaku pemain utama yang beraksi dalam liga Bawah 17 Jerman (U17 Bundesliga ataupun B-Junioren Bundesliga).

Bermain pada posisi yang sama sebagaimana Tonton Zola Moukoko, attacking midfilder / forwad beliau telah menjaringkan 17 gol dan satu bantuan gol dalam lapan penampilan liga U17 setakat ini.

Memiliki susuk tubuh yang tidak menggambarkan baru berusia 12 tahun, pemain ini mencetuskan persoalan adakah benar-benar beliau berusia 12 tahun?

Youssoufa Moukoko (kiri).
Youssoufa Moukoko dilahirkan di Cameroon, memiliki kerakyatan Jerman turut mewakili skuad bawah 16 Jerman dan membuat empat penampilan dan tiga gol telah dijaringkan beliau.



Rekod jaringan dan penampilan musim ini bersama U17 Dortmund.
Pengguna mobilephone (handphone) sila swipe ke kiri bagi melihat jadual penuh.
Tarikh Lawan Keputusan Posisi Gol Bantuan Minit Bermain
8/13/17 Borussia Dortmund U17 vs SG Unterrath U17 0:3 CF 2 71'
8/16/17 Borussia Dortmund U17 vs VfL Bochum U17 3:0 CF 2 69'
8/19/17 Borussia Dortmund U17 vs FC Viktoria Köln U17 6:1 CF 4 80'
8/26/17 Borussia Dortmund U17 vs Hombrucher SV U17 1:3 CF 2 67'
9/2/17 Borussia Dortmund U17 vs Alemannia Aachen U17 10:0 CF 3 52'
9/17/17 Borussia Dortmund U17 vs Preußen Münster U17 2:3 CF 40'
9/24/17 Borussia Dortmund U17 vs Arminia Bielefeld U17 3:1 CF 3 80'
9/30/17 Borussia Dortmund U17 vs FC Viktoria Köln U17 2:3 CF 1 1 80'
Jumlah 17 1 539
8 Kali berada didalam skuad, 7 kali dalam kesebelasan utama dan sekali masuk sebagai pemain gantian.

Mengagumkan bukan?

Dengan usia baru mencecah 12 tahun, pencapaian dan kehebatan beliau ini bagaikan sesuatu yang mengejutkan bahkan salah seorang jurulatih remaja Dortmund sendiri bagaikan tidak mempercayai umur Moukoko ini baru berusia 12 tahun.
I would imagine that Youssoufa’s age has only been estimated. Perhaps he is actually one or two years older. He is certainly not yet 17. - Timo Preus, manager of the BVB U-23s, told Spox.
Moukoko menyertai skuad remaja Dortmund dari daripada kelab St. Pauli (Jerman) pada musim panas 2016.

Walaupun berhadapan dengan banyak pihak (lawan) yang meragui mengenai usia pemain ini, namun persembahan mantap beliau beliau telah berjaya membantu skuad U-17 Dortmund berada dipuncak B-Junioren Bundesliga.

Borussia Dortmund U15 – musim 2016/17. Moukoko duduk (kiri-depan) menjaringkan 33 gol  dalam 15 penampilan.
Video aksi menarik skil dan gol dijaringkan beliau.


Post a Comment

Previous Post Next Post