Skuad Arsenal dilanda masalah kecederaan lagi


Selepas Koscielny dan Mustafi mengalami kecederaan, skuad Arsenal bakal kehilangan seorang lagi khidmat pemain pertahanan iaitu Calum Chambers.

Calum Chambers dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang (hip) yang berpunca daripada kecederaan lama yang dihadapi beliau.

Beliau sebelum itu mengalami kecederaan pada pinggang dalam aksi bersama skuad U21 England di Kejohanan Eropah Bawah 21 tahun dan terlepas aksi enam minggu pertama bagi kempen musim ini.

Chambers, 22 tahun menyertai Arsenal daripada Southampton pada tahun 2014, baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Arsenal minggu lepas yang menyaksikan beliau akan bersama Arsenal sehingga Jun 2021.

Ketiadaan Koscielny dan Mustafi bagaikan memberi peluang kepada beliau untuk mengisi kesebelasan utama Arsenal namun dengan kecederaan terbaru ini, beliau bakal terlepas peluang ini bersama skuad utama Arsenal bagi perlawanan liga menentang Everton hujung minggu ini.

Koscielny dijangka bakal diturunkan dalam aksi menentang Everton minggu ini.
Ketika ini barisan pertahanan Arsenal dilihat bergantung kepada Per Mertesacker, Monreal dan juga Rob Holding dan ini mungkin menjejaskan prestasi pemain dalam mengekalkan tahap kecergasan bagi menghadapi jadual perlawanan yang padat.

Chambers musim ini baru sekali membuat penampilan bersama skuad utama Arsenal iaitu ketika Arsenal menewaskan Doncaster Rovers dalam saingan EFL Cup ( Carabao Cup ) dan dengan kecederaan ini beliau dijangka berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum mampu kembali beraksi. 



Sumber : Football London

Post a Comment

Previous Post Next Post