Kali terakhir Arsenal bertemu dengan Red Star Belgrade adalah pada tahun 1978 dalam pusingan ketiga Piala UEFA. Dan pasukan dari Serbia ini layak ke pusingan seterusnya selepas menang secara aggregate 2-1 keatas Arsenal.
Pada perlawanan pertama pusingan ketiga Piala UEFA 1978/79, Arsenal tewas ditempat lawan dengan keputusan 1-0 dan gagal untuk menebus kekecewaan perlawanan tersebut apabilia hanya mampu seri 1-1 pada perlawanan kedua di Highbury.
Dan kedua-dua perlawanan tersebut merupakan kali pertama dan kali terakhir mereka bertemu sebelum kedua-dua pasukan ini sekali lagi bakal berentap dalam aksi Liga Europa pada 20 Oktober ini jam 1.00 pagi waktu Malaysia.
Rekod 10 Perlawanan Terkini kedua-dua pasukan:
Red Star Belgrade (RSB) hanya mengalami satu kekalahan dalam 10 perlawanan terakhir mereka bagi semua kejohanan selain mencatat tujuh kemenangan dan tiga seri.
Rekod jaringan RSB pula bagi 10 perlawanan terakhir, mereka berjaya menjaringkan 14 gol dan bolos sembilan gol.
Red Star Belgrade | |||||
---|---|---|---|---|---|
Saingan | Tarikh | Home | Away | Keputusan | WDL |
Europa Lg | 28‑Sep‑17 | FC Koln | Red Star Belgrade | 0‑1 | W |
Europa Lg | 14‑Sep‑17 | Red Star Belgrade | BATE Borisov | 1‑1 | D |
Europa Lg | 24‑Aug‑17 | Red Star Belgrade | FC Krasnodar | 2‑1 | W |
Europa Lg | 17‑Aug‑17 | FC Krasnodar | Red Star Belgrade | 3‑2 | L |
Europa Lg | 03‑Aug‑17 | Sparta Prague | Red Star Belgrade | 0‑1 | W |
Europa Lg | 27‑Jul‑17 | Red Star Belgrade | Sparta Prague | 2‑0 | W |
Europa Lg | 20‑Jul‑17 | Red Star Belgrade | Irtysh Pavlodar | 2‑0 | W |
Europa Lg | 13‑Jul‑17 | Irtysh Pavlodar | Red Star Belgrade | 1‑1 | D |
Europa Lg | 06‑Jul‑17 | Floriana | Red Star Belgrade | 3‑3 | D |
Europa Lg | 29‑Jun‑17 | Red Star Belgrade | Floriana | 3‑0 | W |
Manakala Arsenal dalam 10 perlawanan terakhir mereka hanya mampu mencatatkan enam kemenangan selain seri sekali dan tiga kali kekalahan.
Dari dari segi rekod jaringan yang dibuat oleh Arsenal dalam 10 perlawanan terakhir pula, Arsenal berjaya menjaringkan 16 gol selain 10 kali gawang gol dibolosi setakat ini.
Arsenal | |||||
---|---|---|---|---|---|
Saingan | Tarikh | Home | Away | Keputusan | WDL |
Prem Lg | 14‑Oct‑17 | Watford | Arsenal | 2‑1 | L |
Prem Lg | 01‑Oct‑17 | Arsenal | Brighton | 2‑0 | W |
Europa Lg | 28‑Sep‑17 | BATE Borisov | Arsenal | 2‑4 | W |
Prem Lg | 25‑Sep‑17 | Arsenal | West Brom | 2‑0 | W |
Lg Cup | 20‑Sep‑17 | Arsenal | Doncaster | 1‑0 | W |
Prem Lg | 17‑Sep‑17 | Chelsea | Arsenal | 0‑0 | D |
Europa Lg | 14‑Sep‑17 | Arsenal | FC Koln | 3‑1 | W |
Prem Lg | 09‑Sep‑17 | Arsenal | Bournemouth | 3‑0 | W |
Prem Lg | 27‑Aug‑17 | Liverpool | Arsenal | 4‑0 | L |
Prem Lg | 19‑Aug‑17 | Stoke | Arsenal | 1‑0 | L |
Rekod jaringan dan bolos kedua-dua pasukan bagi 10 perlawanan terkahir :
Red Star Belgrade | 10 Perlawanan terakhir | Arsenal |
---|---|---|
7 | Menang | 6 |
3 | seri | 1 |
1 | Kalah | 3 |
14 | Gol dijaringkan | 16 |
9 | Bolos | 10 |
Boleh dikatakan kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan dan kekuatan yang hampir setara pada jentera serangan apabila masing-masing berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan untuk lima perlawanan terakhir kedua-dua pasukan ini.
Begitu juga dari segi pertahanan, kedua-dua pasukan ini dilihat mengalami masalah dalam mengawal kubu masing-masing apabila melepaskan jumlah gol yang hampir sama.
Arsenal menghuni tangga teratas kumpulan (H) dengan mengumpul enam mata setelah berjaya mencapai dua kemenangan (hasil daripada dua perlawanan peringkat kumpulan setakat ini) berbanding RSB yang ketika ini berada ditangga kedua kumpulan dengan mengumpul empat mata.
Dan jika memperolehi kemenangan, Arsenal boleh dikatakan berada pada kedudukan selesa dengan meninggalkan pasukan ditangga kedua dengan kelebihan lima mata.
Kedudukan kumpulan H selepas mengharungi dua perlawanan peringkat kumpulan. |
Kekuatan RSB
Berdasarkan statistik pemain dan pasukan, RSB mempunyai kekuatan pada bahagian tengah pasukan mereka dengan pemain tengah Mitchell Donald perlu diberikan perhatian oleh barisan pemain Arsenal.
Mitchell Donald |
Donald merupakan pemain tengah yang dilahirkan oleh akademi Ajax telah menyertai RSB pada musim 2015 (secara pinjaman) sebelum menjadi pemain tetap RSB untuk tempoh sehingga Jun 2017.
Pemain ini telah menghasilkan satu bantuan gol dalam dua perlawanan peringkat kumpulan bagi saingan Liga Europa dan prestasi serta rekod beliau secara keseluruhan musim ini boleh dianggap cemerlang apabila beliau telah menghasilkan lima gol dan satu bantuan gol untuk 18 penampilan bersama RSB.
Manakala pada bahagian serangan, pemain kelahiran Ghana, Richmond Yiadom Boakye dianggap paling berbisa bagi pasukan ini.
Richmond Yiadom Boakye |
Pemain ini pernah mewakili beberapa kelab Itali seperti Juventus sebelum menyertai RSB pada awal musim ini secara pinjaman sebelum menjadi pemain tetap pada Julai tahun ini (2017).
Dan rekod serta prestasi pemain ini bersama RSB pada tahun ini sangat mengagumkan dimana beliau telah menjaringkan 26 gol dan empat bantuan gol dalam 36 penampilan bersama RSB tahun ini sahaja.
Beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ketika ini dengan kelab dari Liga Perdana Inggeris, Everton dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Ghana ini.
Manakala pada bahagian pertahanan, RSB memiliki beberapa pemain pertahanan yang ketika ini berada pada prestasi terbaik mereka seperti Srdjan Babic (DC) dan Damien Le Tallec (DC) yang dianggap nadi utama barisan pertahanan RSB.
Gandingan dua pemain ini dijangka akan menyukarkan barisan serangan Arsenal dalam merobek gawang RSB.
Namun seorang lagi pemain pertahanan mereka yang perlu diberikan perhatian adalah Filip Stojkovic yang bermain pada pertahanan kanan.
Filip Stojkovic |
Pemain kebangsaan Montenegro ini baru berusia 24 tahun dan beliau telah membuat 20 penampilan bersama RSB musim ini dengan berjaya menjaringkan satu gol setakat ini. Kelebihan beliau adalah pada 'key passes' serta hantaran (crossing) yang mampu mencetuskan bahaya kepada gawang gol lawan.
Formasi RSB
Formasi dan barisan kesebelasan utama RSB (dijangka). |