Bagaimana Arsenal menewaskan Man.City 3 tahun lalu


Sebuah artikel menarik yang dikeluarkan oleh Sky Sports mengenai perlawanan tiga tahun lalu diantara Manchester City menentang Arsenal.
Bagaimana Arsenal menewaskan Manchester City tiga tahun lalu dalam perlawanan liga - Super Sunday.
Walaupun tiga tahun lalu City bukan dibawah kendalian Pep Guardiola, namun ianya cukup menarik untuk dibaca dan memahami formasi serta taktikal yang diserapkan oleh Wenger dalam menghadapi perlawanan tersebut.

Malam ini, Arsenal bakal berkunjung ke Stadium Etihad untuk menentang Manchester City dalam perlawanan liga yang ke-11.

Satu pertemuan yang cukup menarik kerana ianya bagaikan menguji tahap kekuatan Arsenal bagi menghadapi pasukan yang menghuni tangga teratas liga dan juga merupakan pasukan yang masih belum menerima kekalahan setakat ini.

Tiga tahun lalu (18 Januari 2015) Arsenal berjaya menewaskan City ditempat mereka dengan keputusan 2-0 walaupun hanya menguasai 35% permainan dan jumlah percubaan yang tidak begitu banyak dilakukan oleh Arsenal.

Kredit gambar: Sky Sports
Pada perlawanan itu, Nacho Monreal berjaya mendapatkan sepakan penalti yang kemudiannya disudahkan dengan sempurna oleh Santi Cazorla pada separuh masa pertama perlawanan.

Dan Olivier Giroud memastikan kemenangan Arsenal apabila berjaya menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-67 melalui tandukan selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma Santi Cazorla.

Berikut adalah ulasan artikel Sky Sports mengenai perlawanan ini dan bagaimana Arsene Wenger berjaya menewaskan City dengan taktikal yang diserapkan oleh pengendali daripada Perancis ini.

KESEBELASAN UTAMA DAN TAKTIKAL

Bagi kesebelasan utama Arsenal tiga tahun lalu berbanding ketika ini, hanya Alex Oxlade-Chamberlain sahaja yang tidak lagi berada bersama Arsenal selain Santi Cazorla yang masih cedera.

Manakala City pula tanpa tujuh pemain mereka yang berada pada perlawanan tersebut (tiga tahun lalu) berbanding skuad mereka ketika ini dengan dipimpin oleh Pep Guardiola yang menggantikan Manuel Pellegrini musim lalu.

Hanya Vincent Kompany, Fernandinho, David Silva dan Sergio Aguero sahaja ketika ini bersama skuad City.
Kesebelasan utama CIty dan Arsenal, 18 Januari 2015.
Arsenal bermula dengan formasi 4-1-4-1 dengan mengamalkan permainan bertahan bagi menghadapi dan menyekat gaya permainan City yang turun dengan formasi menyerang 4-2-3-1.

Dan pada perlawanan itu, Arsenal berjaya membenarkan City melakukan hanya empat kali percubaan tepat kearah pintu gol mereka.

Sepanjang perlawanan tersebut, hanya tiga pemain City yang berada (secara purata) dikawasan mereka sendiri iaitu Martin Demichelis, Kompany dan Pablo Zabaleta dan ini menunjukkan bagaimana City begitu menguasai perlawanan.

Berbanding Arsenal yang ketika itu hanya tiga pemain sahaja yang mampu berada dikawasan City (secara purata) Alexis Sanchez, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud.
Kedudukan pemain Arsenal dan Manchester City pada perlawanan ini secara purata. 
Arsenal memusatkan permainan dengan menumpukan perhatian pada bahagian tengah padang dan juga melancarkan serangan melalui gerakan yang dijanakan oleh Nacho Monreal yang beraksi pada pertahanan kiri dengan dibantu oleh Sanchez.

Sama juga dengan City yang menggunakan Clichy dan James Milner pada bahagian kiri mereka untuk memecahkan pertahanan Arsenal yang di barisi oleh Hector Bellerin dan Oxlade-Chamberlain pada bahagian kanan Arsenal.

Monreal berjaya menghasilkan impak terbesar dalam perlawanan ini baik dari bertahan mahupun ketika melancarkan serangan.

Manakala Santi Cazorla pula berjaya mengemudi barisan tengah Arsenal dengan cukup cemerlang pada perlawanan ini.

Boleh dikatakan Arsenal pada perlawanan ini hanya bertahan menentang City, sebuah pasukan yang dianggap sukar untuk mereka menangi dan boleh dikatakan hanya berharap memperolehi keputusan seri.

Walaupun Arsenal lebih banyak bertahan, namun pada perlawanan tersebut Arsenal menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya apabila berjaya berjaya menyempurnakan dua daripada tiga peluang (percubaan tepat) untuk menjaringkan gol.

Statistik perlawanan Man.City vs Arsenal 18 Januari 2015.

Namun itu cerita tiga tahun lalu, kini City tampil dengan lebih berbisa apabila menjadi salah satu pasukan yang memiliki jentera serangan paling berbisa diperingkat Eropah dengan statistik menunjukkan mereka mampu menjaringkan gol setiap dua kali percubaan tepat musim ini (secara purata).

Sekali lagi Arsenal bakal berdepan tugas berat dalam mengekang asakan daripada pasukan City malam ini.

Manakala dari segi statistik dalam saingan liga musim ini, jumlah gol yang dijaringkan mereka (City) hampir dua kali lebih banyak berbanding Arsenal dan ini menunjukkan bagaimana berbisanya jentera serangan City.



Statistik serangan Man.City dan Arsenal dalam saingan liga musim 2017/18.
Attack Man.City Arsenal
Goals 35 19
Goals Per Match 3.5 1.9
Shots 185 178
Shots On Target 79 69
Shooting Accuracy % 43% 39%
Penalties Scored 2 1
Big Chances Created 37 26
Hit Woodwork 4 5

Menariknya dalam perlawanan tiga tahun lalu, Arsenal masih mampu mengecapi kemenangan walaupun mengamalkan permainan bertahan dengan  statistik menunjukkan mereka banyak menyelamatkan keadaan dari segala sudut. Rujuk infografik dibawah.
Perbandingan Arsenal dan City dalam menyelamatkan keadaan  ketika menentang Manchester City tiga tahun lalu.
Berdasarkan jadual perbandingan diatas juga, Arsenal musim ini mengatasi City dalam statistik bagi menyelamatkan keadaan dan bertahan mengikut setiap faktor kecuali dalam dribbles yang mana City lebih banyak mengatasi Arsenal.

City musim ini walaupun telah berbelanja besar, namun jika dikira dari segi penguasaan kedua-dua pasukan (Arsenal dan City) hampir setara dalam memiliki penguasaan dari segi hantaran (passing), sentuhan dah percubaan secara purata.

Manchester City mendominasi penguasaan,melakukan lebih banyak hantaran dan percubaan berbanding Arsenal. 
Berikut adalah simulasi barisan pemain kedua-dua pasukan bagi musim 2017/18 mengikut kebiasaan yang diturunkan oleh City dan Arsenal bagi menggambarkan kedudukan pemain secara purata berada disetiap posisi dan sudut.
Purata kedudukan pemain Manchester City dan  Arsenal musim ini dalam berada dikawasan yang sama.
Mampukah Wenger mencipta kejutan sekali lagi dalam memenangi perlawanan malam ini dengan mengamalkan corak bertahan, atau mengubah corak taktikal dengan lebih menyerang?

Bagaimana dengan ramalan anda?

Sumber Asal: Sky Sports

Post a Comment

Previous Post Next Post