Joe Willock tandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

Joe Willock menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.
Kredit gambar: Arsenal
Pemain remaja Arsenal, Joe Willock telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal untuk tempoh jangka masa panjang yang tidak didedahkan berapa lama (tahun).

Pengumanan itu dibuat melalui laman rasmi Arsenal hari ini.
Joe Willock signs contract extension
Pemain berusia 18 tahun ini telah membuat debut pertama Arsenal dalam perlawanan menentang Doncaster Rover bagi saingan Piala Caraboa September lalu.


Beliau musim ini telah membuat lima penampilan bersama skuad utama Arsenal termasuklan dalam saingan Liga Europa ketika Arsenal berjaya menewaskan Borisov BATE dan juga Red Star Belgrade.

Pemain tengah Arsenal ini turut disenaraikan dalam skuad U19 England bagi menghadapi kejohanan European Championship di Bulgaria minggu depan dalam usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh skuad U19 England Julai lalu.




Rekod penampilan Willock musim 2017/18 setakat ini.
Saingan Penampilan Gol Dijaringkan Bantuan Gol Dihasilkan
Premier League 2 6 1 -
Europa League 3 - -
EFL Cup 2 - -
Jumlah 11 1 -

Berita gembira ini turut dikongsikan beliau apabila memuat naik status tersebut pada laman sosial, Instagram beliau.


We would all like to congratulate Joe on his new deal, and look forward to his continued progress with the club. - Arsenal
Kami di MyGooners turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Willock dan semoga beliau semakin mantap bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post