Benarkah Ozil setuju sertai Barcelona?


Ketika ini fokus peminat dan penyokong Arsenal lebih terarah kepada Mesut Ozil ekoran berita yang mengatakan dimana pemain tersebut telah bersetuju untuk menyertai Barcelona pada jendela perpindahan Januari nanti.



Jika menjadi kenyataan, Arsenal bakal beraksi tanpa kelibat Assist King pada Januari 2018.

Ketika ini media Eropah mengatakan bahawa Ozil meminta gaji sebanyak £330,000 daripada Barcelona sebagaimana dilaporkan oleh Sky Sports.
Euro Papers: Arsenal midfielder Mesut Ozil 'wants £330,000-a-week contract at Barcelona'
Manakala mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Metro,  pemain tersebut turut mendapat tawaran daripada Manchester United ketika berbincang bersama kelab Turki, Fenerbahce.
Mesut Ozil revealed that he has received an offer to join Manchester United during talks with Fenerbahce, according to reports in Turkey.
Namun mengikut laporan Mirror, Barcelona dikatakan tidak mahu meneruskan minat mereka terhadap Ozil dan mahu menumpukan perhatian dalam mendapatkan pemain Liverpool , Philippe Coutinho.
Barcelona ready to abandon Mesut Ozil chase as they fear his 'busy nightlife' will affect his performances.
Menurut laporan Express pula, bintang Barcelona dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan Barcelona untuk memenuhi permintaan gaji Ozil jika mahukan pemain tersebut menyertai mereka.
Lionel Messi has warned Barcelona chiefs against meeting Mesut Ozil’s wage demands.
Dan laporan daripada Evening Standard pula mengatakan bekas pemain Arsenal, Martin Keown percaya perpindahan Ozil ke Barcelona bakal menyebabkan pemain itu kehilangan peluang untuk menjadi 'No.1' memandangkan Barcelona turut memiliki barisan pemain yang lengkap pada posisi beliau bermain.
Keown believes Ozil would be a wise investment for the Liga giants but warned the 29-year-old that if he dreams of being the leading player in a side he would not be able to fulfil that ambition at Camp Nou.
Mesut Ozil merupakan dan masih menjadi pemain terbaik ketika ini pada pandangan peribadi penulis, namun disebabkan beliau masih belum menandatangai kontrak bersama Arsenal (pembaharuan kontrak) menyebabkan beliau (musim ini) mula dikritik. 

Hingga setakat ini, masih belum terdapat sebarang kenyataan kukuh bagi mengatakan Ozil telah pun bersetuju menyertai Barcelona.

Peminat dan penyokong mula persoalkan prestasi beliau walaupun beliau mempamerkan aksi cemerlang, mungkin terpengaruh dengan gerakan untuk mengkritik serta menjatuhkan Ozil.

Bagi penulis, selagi beliau masih menjadi pemain Arsenal adalah tidak wajar untuk kita selaku penyokong mengkritik dan mengecam secara keterlaluan terhadap beliau.

Jika dipikirkan secara logik, anda mahukan pemain tersebut kekal dan mempamerkan prestasi cemerlang bersama Arsenal, namun dalam masa yang sama anda turut mengecam keterlaluan tanpa memberi sokongan terhadap beliau.

Adakah ini cara memujuk pemain untuk kekal?

#COYG #WeAreTheArsenal.

Sekian,

Half Wenger dan Half Ozil 😎

Post a Comment

Previous Post Next Post