Laporan sebelum ini mendedahkan dimana Arsenal berminat untuk mendapatkan pemain Shalke 04, Leon Goretzka pada jendela perpindahan Januari nanti setelah pemain tersebut gagal dalam rundingan bagi memperbaharui kontraknya bersama kelab Jerman tersebut.
Usaha Arsenal ini bagaimanapun mendapat saingan daripada kelab-kelab ternama Eropah lain dalam mendapatkan pemain tengah Schalke ini.
Arsenal will open talks with Leon Goretzka in January as Arsene Wenger wants to sign the Schalke midfielder on a free transfer next summer... - Daily Mail.
Barcelona, Bayern Munich, Juventus, Real Madrid, Tottenham dan Manchester City turut dikatakan berminat mendapatkan pemain ini menjelang jendela perpindahan dibuka Januari nanti.
Kontrak Goretzka bersama Schalke bakal berakhir dipenghujung musim ini dan ketika ini rundingan pembaharuan (sambung) kontrak diantara kelab dan Goretzka masih menemui jalan buntu.
Dan jika gagal mencapai sebarang keputusan positif menjelang Januari nanti, pemain ini mampu menandatangi pra kontrak bersama pasukan lain ataupun dijual oleh Schalke kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain ini pada Januari.
Namun dalam laporan terkini, ada mengatakan dimana pemain kebangsaan Jerman yang berusia 22 tahun ini telah membuat keputusan untuk menyertai Barcelona sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mirror
Goretzka, walaupun baru berusia 22 tahun, namun kelibat aksi beliau ketika ini cukup mengagumkan terutamanya diperingkat antrabangsa bersama skuad Jerman.
Leon Goretzka has now been directly involved in 7 goals for Germany in 12 games.— Squawka Football (@Squawka) October 8, 2017
5 goals ⚽️
2 assists 🅰️
An absurd backheel. 😳 pic.twitter.com/0ltk5pXX12
Bagaimana pun, setakat ini masih belum ada kenyataan mahupun pengumuman rasmi dibuat mengenai status Goretzka yang dikatakan telah bersetuju menyertai Barcelona.