Hero Arsenal, Alan Sunderland


Alan Sunderland mula mencipta nama selaku pemain bolasepak apabila berjaya menyertai pasukan Wolverhampton Wanderer (Wolves) pada tahun 1971 di usia 17 tahun.

Dan selama enam tahun bersama kelab itu, beliau telah menjaringkan 30 gol dalam 200 penampilan sebelum menyertai Arsenal pada tahun 1977.

Bersama Arsenal, beliau berjaya mencipta nama selaku pemain yang layak dikenang ketika ini sebagai lagenda dan juga hero.

Sunderland bersama Arsenal  dari tahun 1977 hingga 1984
Beliau ketika bersama Wolves merupakan seorang pemain tengah namun apabila menyertai Arsenal, beliau diberikan tugas baru apabila bermain pada posisi penyerang.

Menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak £220,000 pada 2 November 1977 dan beliau dibawa masuk oleh pengurus Arsenal ketika itu,  Terry Neill.

*Neill merupakan bekas pemain Arsenal yang beraksi pada posisi pertahanan dari tahun 1959–1970 dengan 241 penampil dan lapan gol berjaya dijaringkan beliau.

Terry Neill menjadi pengurus Arsenal dari 1976–1983.

Skuad Arsenal musim 1978/79.



Hero Arsenal 
Alan Sunderland, ketika ini berusia 64 tahun cukup diingati ketika aksi beliau bersama Arsenal terutamanya pada kejohanan Piala FA tahun 1979.

Pada perlawan akhir Piala FA tahun 1979, beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal untuk menewaskan Manchester United dengan keputusan 3-2 setelah keputusan terikat 2-2 sebelum itu.

Jaringan beliau pada minit ke-89 itu berjaya memastikan Arsenal menjuarai Piala FA 1979 dan seterusnya beliau dikenang dan dianggap sebagai wira Arsenal (ketika ini).

Alan Sunderland meraikan gol kemenangan Arsenal yang dijaringkan beliau pada minit ke-89.
 Kredit gambar :Daily Mail
Beliau dalam satu temubual yang disiarkan oleh Daily Mail mendedahkan dimana pada malam sebelum perlawanan akhir ini (Piala FA 1979) bermula, kesemua pemain Arsenal telah menerima sekeping syiling perak daripada seorang peminat yang memberikan kepada mereka sebagai 'azimat'.

Dan beliau masih menyimpan syiling berkenaan sehingga kini.
The night before the final, an Arsenal fan at our hotel gave all the players a silver dollar as a lucky token — I’ve still got mine! -  Alan Sunderland
Sunderland kekal bersama Arsenal untuk tempoh lima tahun lagi selepas berakhirnya musim 1978/1979 dan beliau merupakan penjaring terbanyak Arsenal bagi musim 1979/80 dan juga 1981/82.

Kemenangan Piala FA 1979 merupakan satu-satunya kejuaraan yang dimiliki beliau bersama Arsenal setelah mengalami hari yang penuh kecewa dalam masa empat hari apabila Arsenal tewas dalam perlawanan akhir Piala FA 1980 (10 May 1980) kepada West Ham dan diikuti kekalahan kepada Valencia pada perlawanan akhir Cup Winners Cup  1980 (14 May 1980).

Arsenal tewas kepada West Ham 1-0 pada perlawanan Akhir Piala FA 1980
Skuad Arsenal Piala FA 1980. Kredit gambar : The Vintage Football Club
Skuad West Ham Piala FA 1980. Kredit gambar : The Vintage Football Club



Video Arsenal vs Valencia  - 1980 European Cup Winners' Cup Final
(Arsenal tewas 5-4 melalui penentuan sepakan penalti)

Video gol kemenangan Arsenal yang dijaringkan oleh Sunderland

Dimana beliau sekarang

Beliau meninggalkan Arsenal pada tahun 1984 (selepas dipinjamkan kepada kelab Ipswich Towns) dan menyertai kelab tersebut secara kekal selepas berakhirnya tempoh pinjaman itu untuk kekal beraksi bersama Ipswich selama dua tahun.

Sunderland akhirnya bersara daripada menjadi pemain bolasepak pada usia 36 tahun selepas mengalami siri kecederaan yang berlanjutan dan pernah menjadi pengurus pasukan Birkirkara (Malta) pada musim (1996-1997).

Birkirkara FC.
Dan kini beliau menetap di Malta selepas membuat keputusan untuk berpindah ke negara tersebut pada tahun 1995.

Sepanjang karier beliau bersama Arsenal ( 7tahun) dari tahun 1977 sehingga 1984, beliau telah menjaringkan 92 gol dalam 281 penampilan bagi kesemua pertandingan.

Post a Comment

Previous Post Next Post