3 bulan yang sukar dalam saingan EPL


Manchester City musim ini masih belum lagi mengalami kekalahan dalam saingan liga dan menduduki tangga teratas liga ketika ini dengan 10 perlawanan sudah pun diharungi.

Mengumpul 28 mata hasil daripada sembilan kemenangan dan satu seri, City dilihat calon terbaik untuk memenangi Kejuaraan Liga ketika ini.

Kedudukan liga ketika ini
Namun jika dilihat daripada sejarah musim lalu, City ketika mengharungi 10 perlawanan liga, pasukan ini juga dilihat selaku calon terbaik untuk memenangi liga dengan menghuni tangga teratas liga.

Mereka berjaya mengumpul 23 mata hasil tujuh kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Pun begitu, City tetap gagal menjuarai liga musim lalu apabila sekadar menamatkan kedudukan ditangga ketiga liga.



Rekod perbandingan 10 perlawanan dan diakhir liga Man.City 2016/17.

2016/17 Kedudukan Menang Seri Kalah Mata
Selepas 10 perlawanan 1 7 2 1 23
Selepas 38 perlawanan 3 23 9 6 76

Menentang Arsenal dalam aksi liga pada hujung minggu ini (5 November 2017) untuk aksi ataupun perlawanan liga ke 11, City jika mengikut rekod, pasukan ini mula mengalami masalah untuk mengekalkan prestasi terbaik mereka bermula bulan November setiap musim untuk tempoh dua musim terdahulu.

Musim lalu, City mula mengalami kemerosotan dalam mengekalkan prestasi mereka sehinggakan mereka tercicir mata (drop points) bermulanya bulan November dimana pada aksi keseluruhan November musim lalu, City hanya mampu mencapai dua kemenangan dan satu seri dalam aksi liga.

Kemudiannya diikuti dengan tiga kekalahan dan tiga kemenangan dalam aksi liga bagi bulan Disember yang mana menyaksikan jadual perlawanan liga begitu padat ketika ini (Disember) dengan enam perlawanan liga.

Tarikh Saingan November (2016/17) Keputusan
1 Nov 16 UCL Man.City vs Barcelona 3-1
5 Nov 16 EPL Man. City vs Middlesbrough 1-1
19 Nov EPL Crystal Palace vs Man.City 1-2
23 Nov UCL Bor. Mönchengladbach vs Man.City 1-1
26 Nov EPL Burnley vs Man.City 1-2
Disember (2016/17)
3 Dis 16 EPL Man.City vs Chelsea 1-3
6 Dis 16 UCL Man.City vs Celtic 1-1
10 Dis 16 EPL Leicester City vs Man. City 4-2
14 Dis 16 EPL Man.City vs Watford 2-0
18 Dis 16 EPL Man.City vs Arsenal 2-1
26 Dis 16 EPL Hull City vs Man. City 0-3
31 Dis 16 EPL Liverpool vs Man.City 1-0

Bagi bulan Januari musim lalu pula, City dalam tiga perlawanan liga, hanya mampu mengumpul empat mata setelah mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Tarikh Saingan Januari (2016/17) Keputusan
2 Jan 17 EPL Man. City vs Burnley 2-1
6 Jan 17 FA Cup West Ham vs Man. City 0-5
15 Jan 17 EPL Everton vs Man. City 4-0
21 Jan 17 EPL Man. City vs Spurs 2-2
28 Jan 17 FA Cup Crystal Palace vs Man. City 3-0

Jika dibandingkan dengan prestasi Arsenal selepas mengharungi 22 perlawanan (sehingga penghujung Januari musim lalu), pasukan The Gunners jelas lebih berbisa dan kosisten berbanding City apabila Arsenal berjaya mengekalkan kedudukan ditangga kedua liga yang dihuni selepas berakhirnya 10 perlawanan liga.



Kedudukan Arsenal dan City selepas 22 perlawanan liga

Pasukan No. P M S K J B +/- Mata
Arsenal 2 22 14 5 3 50 23 27 47
Man.City 5 22 13 4 5 43 28 15 43

Kedudukan Arsenal selepas mengharungi 10 perlawanan liga musim lalu

# Pasukan P M S K J B Mata
1 Manchester City 10 7 2 1 24 9 15
2 Arsenal 10 7 2 1 23 10 13

Namun Arsenal selepas mengharungi bulan sukar,  prestasi pasukan ini mula goyah dengan mula mengalami kekalahan dalam enam perlawanan seterusnya (selepas perlawanan ke 22 liga).

Dari enam perlawanan seterusnya itu, Arsenal hanya mampu meraih satu kemenangan dengan empat kali kekalahan dan satu seri.


3 bulan 'tough'

Kebiasaannya, mana-mana pasukan yang berjaya mengekalkan kedudukan mereka (tangga teratas liga) selepas berakhirnya 3 bulan yang penuh padat ini, mereka mempunyai peluang cerah untuk muncul selaku juara liga.

Bagaimanapun ianya juga bergantung kepada kecergasan dan 'availability' pemain bagi sesebuah skuad itu terutamanya pemain utama (bebas daripada sebarang kecederaan).

Chelsea musim lalu selepas mengharungi 22 perlawanan liga, mereka selesa mengekalkan kedudukan mereka sehingga ke akhir saingan liga untuk muncul juara.

Baki perlawanan (selepas mengharungi 22 perlawanan) liga, mereka mampu mengekalkan prestasi mereka dengan hanya membenarkan dua kali kekalahan dan dua kali seri selain memenangi kesemua perlawanan yang lain.

Pasukan P M S K J B Mata
Chelsea 38 30 3 5 85 33 52
Chelsea 22 18 1 3 47 15 32

Situasi Chelsea sedikit berbeza jika dibandingkan dengan Arsenal dan juga Man.City, dimana mereka musim lalu hanya beraksi pada saingan domestik sahaja (Liga, Piala FA dan Piala Liga) dan boleh dikatakan mereka tidak menghadapi masalah mengharungi tiga bulan padat.

Selain menghadapi jadual perlawanan yang padat, tiga bulan ini juga dikenali dengan bulan 'tough' ataupun bulan yang sukar dimana setiap pasukan terpaksa beraksi dalam cuaca yang sejuk selain masalah kecederaan pemain (ekoran kepadatan jadual).

Ini juga menguji setiap pasukan dalam menguruskan pemain-pemain yang ada termasuklah pemain muda dalam menghadapi bulan yang penuh padat serta bulan perayaaan, Christmas ditambah dengan faktor cuaca (musim sejuk).

Berikut merupakan rekod kejuaraan liga buat tujuh musim terakhir.

Musim Selepas 10 perlawanan Selepas 22 perlawanan Selepas 38 perlawanan
2010/11 Chelsea Manchester United Manchester United
2011/12 Manchester City Manchester City Manchester City
2012/13 Manchester United Manchester United Manchester United
2013/14 Arsenal Arsenal Manchester City
2014/15 Chelsea Chelsea Chelsea
2015/16 Manchester City Arsenal Leicester City
2016/17 Manchester City Chelsea Chelsea


Post a Comment

Previous Post Next Post