Kenapa Stan Kroenke berminat menjadi pemilik Arsenal?

Stan Kroenke. Kredit foto : The Independent

ARSENAL musim ini menjadi salah satu pasukan bola sepak Inggeris  yang paling mendapat perhatian baik dari segi prestasi mahupun kepada barisan pengurusan termasuklah pemilik kelab bola sepak ini iaitu Stan Kroenke.


Kroenke merupakan pemegang saham terbesar Arsenal dengan memiliki 67% pegangan saham Arsenal, pernah ditawarkan oleh seorang lagi pemegang saham kelab itu, Alisher Usmanov yang mempunyai pegangan saham sebanyak 30% untuk membeli kesemua saham Kroenke dengan tawaran berjumlah $1.3 billion.

Namun tawaran Usmanov untuk memiliki saham Kroenke dan seterusnya menjadi pemegang saham terbesar Arsenal gagal menemui jalan penyelesaian apabila ditolak oleh Kroenke.

Kenapa Kroenke berminat menjadi pemilik Arsenal?

Sejarah ringkas pemilikan Arsenal
Kredit gambar : Highbury House
Difahamkan, Arsenal dimiliki bersama (pegangan bersama) ketika era kelab ini masih lagi berstatus amatur dan kemudian ianya bertukar menjadi sebuah syarikat (limited company) pada tahun 1893 apabila Arsenal menjadi sebuah kelab berstatus profesional.

Pada tahun 1910, pemilik Fulham, Henry Norris telah membeli Arsenal dan memindahkan kelab ini ke Highbury.

Perang Dunia Kedua yang tercetus ketika itu menyaksikan kelab Arsenal ini menjadi milik Samuel Hill-Wood dan Sir Bracewell Smith, ahli politik yang cukup berpengaruh pada zaman tersebut.

Selepas kematian Bracewell Smith, kelab ini diwarisi oleh anak beliau dan cucunya sehinggalah cicit Bracewell Smith iaitu Sir Charles Bracewell-Smith bersama sepupunya, Richard Carr dan Clive Carr yang menjadi pemegang saham Arsenal sehingga tahun 2007.

Kemudian Sir Charles Bracewell-Smith menyerahkan kesemua saham beliau kepada isterinya, Nina yang kemudian-nya menjual saham tersebut kepada Kroenke pada tahun 2011 (sebanyak 15.9%).

Dan Kroenke pada tahun itu juga melengkapkan pembelian kesemua saham yang dimiliki oleh Daniel David Fiszman (pemegang saham terbesar Arsenal ketika itu dengan pegangan 24%).



Keunikan pemilikan Arsenal
Kredit gambar: Independent
Kelab Arsenal sedikit berbeza dari segi cara pemilikan-nya berbanding pasukan ataupun kelab bola sepak Inggeris yang lain.

Arsenal dimiliki oleh 'parent company' iaitu Arsenal Holdings Plc yang mana pada 1 Julai 2011 menyaksikan Kroenke memiliki 67% pegangan saham syarikat tersebut.

Arsenal Holdings Plc, memiliki 12 anak syarikat yang mana salah satunya adalah Arsenal Football Club Plc (Arsenal FC) manakala tiga lagi anak syarikat adalah seperti (sekadar menamakan beberapa syarikat yang berkaitan dengan bola sepak):

⏯ Arsenal Emirates Stadium Limited - syarikat yang membina dan menjadi pemilik kepada Stadium Emirates).
⏯ Arsenal Stadium Management Company - syarikat yang mengendalikan stadium pada hari perlawanan).
⏯ Arsenal Overseas Ltd - syarikat yang bertanggungjawab dalam menguruskan operasi runcit. 

Manakala selebihnya adalah syarikat lain yang menjalankan urus niaga berkaitan dengan pembangunan hartanah di tapak bekas Stadium Arsenal di Highbury dan pemilikan serta pembiayaan hartanah yang berkaitan.

Kenapa Kroenke berminat menjadi pemilik Arsenal?

CINTA DAN SAYANG
Kredit gambar : Twitter Lena
Kroenke tidak mencintai Arsenal (pasukan bola sepak Arsenal) dengan dapat disaksikan dimana beliau jarang sekali menghadiri perlawanan bagi memberi sokongan mahupun menonton perlawanan.



Malahan peminat Arsenal yang melaungkan agenda untuk memboikot perlawanan dan memboikot kehadiran ke stadium, mungkin lebih kerap menghadiri perlawanan (pergi ke stadium) berbanding Kroenke sendiri.

Beliau juga melepaskan atau menyerahkan segala urusan berkenaan kelab (Arsenal) kepada barisan kepimpinan kelab (BOD) termasuklah CEO Arsenal, Ivan Gazidis dan Arsene Wenger serta Josh Kroenke (anak beliau) dan ini dapat dilihat pada EGM terkini Arsenal dimana beliau gagal menghadirkan diri.

Kroenke Cintakan dan Sayang Arsenal? TIDAK


LUBUK DUIT
Kredit gambar: Americanguard
Ramai peminat dan penyokong Arsenal mengatakan Kroenke hanya berminat untuk menjana duit bersama/daripada Arsenal.

Dan ini diperkukuhkan dengan laporan yang mengataka Kroenke menggunakan dana kelab berjumlah £3juta dan menggunakan kelab Arsenal sebagai cagaran untuk membeli asset di Amerika Syarikat.

Isu ini dikaitkan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013-14 dan juga pada tahun 2014-15 (akaun tahunan) namun bayaran tersebut (£3juta) yang dikatakan dibayar ataupun dibuat Arsenal kepada syarikat milik Kroenke, Kroenke Sports and Entertainment (KSE) merupakan khidmat yang digunakan Arsenal.

Sebagaimana dijelaskan oleh Pengerusi Arsenal, Sir Chips Keswick yang mana bayaran tersebut dibuat kepada KSE adalah berdasarkan khidmat nasihat dan strategik yang disediakan oleh syarikat itu kepada Arsenal.

Keswick turut mendedahkan dimana usul dan cadangan pembayaran tersebut dibuat oleh beliau bersama seorang lagi pengarah Arsenal, Lord Harris.

This fee was proposed by myself and Lord Harris [another director] for the wide range of services provided. - Keswick.

KSE merupakan syarikat milik Kroenke yang mana syarikat ini memiliki pegangan keatas pasukan bola keranjang, hoki ais, Major League Soccer dan pasukan Lacrosse serta pelbagai stadium ataupun gelanggang sukan, media dan juga pengurusan tiket di Amerika Syarikat.

Namun begitu, laporan yang dikeluarkan oleh Telegraph pada tahun lalu (Oktober 2016) menjelaskan dimana Arsenal tidak lagi membuat bayaran kepada KSE  bagi tahun kewangan yang berakhir 2015-2016.

Stan Kroenke's company was not paid £3m by Arsenal this year, for first time since 2013

Adakah Kroenke tamak?

Mengikut laporan Forbes, nilai kekayaan Kroenke pada tahun 2017 (setakat November) adalah dianggarkan berjumlah $8.1 billion bersamaan dengan £6.1 billion.

Dan pada tahun tersebut (2014 dan 2015) yang mana dikatakan Arsenal membayar £3juta kepada Kroenke, beliau ketika itu memiliki kekayaan berjumlah £5.75 billion.

Arsenal pada tahun kewangan berakhir tahun 2016 mencatat keuntungan sebanyak £350 juta manakala Walmart (salah satu syarikat yang dimiliki oleh Kroenke) pula mencatatkan keuntungan sebanyak £850 juta.

Manakala bagi kewangan berakhir tahun 2017, Arsenal mencatatkan keuntungan sebanyak  £422juta berbanding Walmart yang mencatatkan keuntungan sebanyak £942 juta.

Adakah Kroenke begitu tamak dengan duit yang dijanakan Arsenal?



Kontroversi

Kemudian muncul kontroversi dengan khabar angin mengatakan dimana beliau menggunakan Arsenal sebagai cagaran hutang yang dibuat beliau di Amerika Syarikat apabila beliau membeli sebidang tanah ataupun ladang bernilai  $725juta di Texas.

Ladang yang dibeli oleh Kroenke di Taxes. Kredi gambar : Bloomberg
Namun dakwaan Kroenke menggunakan Arsenal sebagai cagaran untuk membeli ladang tersebut gagal dibuktikan sehingga mencetus perdebatan dikalangan peminat Arsenal.
Walaupun dokumen tawaran tersebut (mengenai pembelian) tidak didedahkan, namun melalui beberapa sumber tidak rasmi dan perbincangan yang dibuat melalui laman sosial Twitter, Kreonke dipercayai membeli ladang tersebut secarai tunai menggunakan wang beliau.
Dan ini menolak dakwaan dimana beliau menggunakan Arsenal sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman.

You then have the rumours of him owning Arsenal to use the club as collateral against debts in America. There is ZERO proof in this. A lot of fuss was made when he bought a $725m ranch in Texas. Rumours were he had leveraged the debt to buy this against Arsenal. But he had bought it using cash.

Menurut laporan Angry of Islington, Stan Kroenke mengeluarkan dana kira-kira £424 juta untuk membeli saham Arsenal bagi membolehkan beliau menjadi pemegang saham terbesar Arsenal.

Dan laporan sebelum ini mengatakan bahawa Usmanov telah menawarkan sejumlah £1 billion untuk membeli saham Kroenke. 

Peluang terbaik buat Kroenke untuk menggandakan pelaburan beliau (setelah membeli Arsenal) namun ditolak Kroenke.

➮ Adakah Arsenal lubuk duit buat Kroenke? TIDAK
➮ Adakah Kroenke gilakan duit Arsenal? TIDAK
➮ Adakah Kroenke tamak? TIDAK

Jadi mengapakah Kroenke benar-benar mahu menjadi pemilik Arsenal sehingga sanggup menolak tawaran yang mampu memberi pulangan pelaburan yang tinggi kepada beliau?

Tiada sesiapa memahami beliau ketika ini dan mengapa beliau mahu menjadi pemilik Arsenal sedangkan beliau tidak mencintai sukan bola sepak, lebih-lebih lagi pasukan Arsenal dan beliau tidak menjana pendapatan yang tinggi melalui Arsenal jika dibandingkan dengan Walmart yang menjana pendapatan melebihi dua kali ganda daripada apa yang dihasilkan Arsenal.

Sumber:
Arsenal, Walmart, Bloomberg, Standard, The Sun, Telegraph, Dailymail, Guardian, ESPN dan lain-lain bahan bacaan online/offline.

Post a Comment

Previous Post Next Post