Salah satu sumpahan yang dikaitkan dengan Arsenal adalah 'SUMPAHAN NOVEMBER' dimana sumpahan ini dikaitkan dengan kesukaran Arsenal untuk mengekalkan kecemerlangan disamping memungut mata kemenangan.
Mengapa SUMPAHAN NOVEMBER?
Mengikut laporan yang dibuat oleh Sky Sport musim lalu, Arsenal dibawah kendalian Wenger mencatatkan mata terendah setiap musim pada bulan November secara purata.
![]() |
Mata purata dipungut Arsenal sepanjang kendalian Wenger sehingga Oktober 2016. |
Adakah benar Arsenal terkena 'sumpahan November?'
Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Arsenal bagi bulan November 2017.
Bil | Tarikh | Saingan | Lawan | Keputusan | Mata Liga | Mata Europa |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 3-Nov-17 | Europa | Arsenal vs Red Star Belgrade | 0-0 | 1 | |
2 | 5-Nov-17 | Liga | Manchester City vs Arsenal | 3-1 | 0 | |
3 | 18-Nov-17 | Liga | Arsenal vs Tottenham Hotspur | 2-0 | 3 | |
4 | 24-Nov-17 | Europa | Cologne vs Arsenal | |||
5 | 26-Nov-17 | Liga | Burnley vs Arsenal | |||
6 | 30-Nov-17 | Liga | Arsenal vs Hudderfield | |||
Jumlah Mata | 3/12 | 1/6 |
Daripada keputusan diatas, Arsenal setakat ini hanya mengalami satu kekalahan, satu seri dan satu kemenangan daripada kesemua pertandingan ataupun kejohanan (saingan) bagi bulan November.
Dan jika mengikut saingan liga, Arsenal setakat ini berjaya merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan daripada dua perlawanan liga yang berlangsung di bulan November 2017.
Namun terdapat baki tiga lagi perlawanan yang mesti diharungi Arsenal dengan dua daripadanya adalah saingan liga.
Pun begitu, pada musim lepas, Arsenal dilihat semakin berjaya menghakis 'sumpahan' ini apabila mencatatkan dua kemenangan dan tiga seri dalam melibatkan lima perlawanan yang berlangsung didalam bulan November 2016.
Bil | Tarikh | Saingan | Lawan | Keputusan | Mata Liga | Mata UCL |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2-Nov-16 | UCL | Ludogorets vs Arsenal | 2-3 | 3 | |
2 | 6-Nov-16 | Liga | Arsenal vs Tottenham Hotspur | 1-1 | 1 | |
3 | 19-Nov-16 | Liga | Manchester United vs Arsenal | 1-1 | 1 | |
4 | 24-Nov-16 | UCL | Arsenal vs Paris Saint Germain | 2-2 | 1 | |
5 | 27-Nov-16 | Liga | Arsenal vs Bournemouth | 3-1 | 3 | |
Jumlah Mata | 5/9 | 4/6 |
Dan pada tahun tersebut (2016) Arsenal berjaya merekodkan purata mata setiap perlawanan (bulan November bagi saingan liga) 1.67 berbanding 0.67 pada musim 2015/16.
![]() |
Purata mata yang berjaya dipungut Arsenal dalam bulan November setiap musim bermula 1997/98 sehingga 2015/16. Kredit info grafik: The Sun |
Andaikata Arsenal berjaya memenangi dua (baki) perlawanan liga seterusnya (menentang Burnley dan Hudderfield), purata mata yang berjaya dipungut Arsenal bagi bulan November musim ini menjadi 2.25 (mata setiap perlawanan).
Dan yang pasti juga, Arsenal sememangnya memerlukan kemenangan pada perlawanan tersebut (baki saingan liga ) bagi menjamin tempat dalam merebut kejuaraan liga musim ini.