Ozil dan Sanchez punca kegagalan Wilshere.


Dua pemain kontroversi Arsenal ketika ini, Mesut Ozil dan Alexis Sanchez menjadi penghalang buat seorang lagi pemain Arsenal, Jack Wilshere untuk berada didalam kesebelasan utama Arsenal musim ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh FFT, dua pemain tersebut menjadi punca mengapa Wilshere sukar untuk mengisi kesebelasan utama Arsenal ketika ini.
Sanchez & Ozil keeping Wilshere out of Arsenal XI
Dan mengikut penjelasan Wenger sebagaimana dipetik daripada laporan itu, Wilshere gagal mengisi kesebelasan Arsenal musim ini kerana posisi pemain tersebut telah diisi oleh dua pemain kontroversi itu tadi.

Wenger melihat Wilshere adalah seorang pemain 'attacking midfielder' yang mana dalam formasi terkini yang digunakan beliau (Wenger) 3-4-2-1 menyukarkan lagi bagi Wilshere untuk beraksi kerana posisi tersebut ketika ini menjadi milik Sanchez dan juga Ozil.

28 Oktober - Perlawanan Liga. Wenger menurunkan gandingan Sanchez dan Ozil.
Wilshere yang berkebolehan beraksi pada pelbagai posisi seperti sayap (Left and Right Wing), tengah (CM), defensive midfielder (DM) dan attacking midfielder (AMC) namun Wenger lebih gemar menggunakan beliau (sebelum ini) sebagai 'deep-lying central midfielder'.

25 Oktober - Aksi Wilshere yang diletakkan oleh Wenger pada posisi CM.
Namun kali ini, Wenger menegaskan dimana beliau lebih melihat Wilshere dan menggunakan pemain tersebut sebagai 'attacking midfielder' dan bukannya sebagai  'deep-lying central midfielder' sebagaimana sebelum ini.

3 Nov. Wenger menggunakan Wilshere sebagai pemain AMC.
Wilshere setakat ini baru membuat 13 minit dalam satu penampilan bersama skuad Arsenal bagi saingan Liga Perdana ketika masuk menggantikan Lacazette  dalam pertembungan menentang Everton yang berkesudahan Arsenal menang 5-2.

Mampukah Wilshere 'mengalahkan' Ozil atau Sanchez bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama Arsenal?
Walaupun hanya beraksi 13 minit, namun beliau berjaya menghasilkan satu bantuan gol bagi Ramsey menjaringkan gol pada perlawanan itu.



Rekod penampilan Wilshere musim 2017/18 setakat ini.

Saingan P G A Minit Permainan
Europa League 4 - 1 292'
EFL Cup 2 - - 204'
Premier League 2 2 - 1 137'
Premier League 1 - 1 13'
Jumlah 9 - 3 646'
P= Penampilan, G= gol dijaringkan, A= assists

Berikut adalah petikan kata-kata Wenger sebagaimana dilaporkan oleh FourFourTwo (FFT).

"In my head, he's more a little bit higher up [the field]. I see him more a player who can affect the game in the final third than a player who is a box-to-box player."

"He's a little bit in conflict in this position with Ozil and Sanchez. I believe he can as well play in midfield in a 4-2-3-1, he can play midfield in a 4-3-3. In the system we play, I see him a bit more advanced."

-- FFT

Kontrak

Kontrak Wilshere juga bakal berakhir sebagaimana kontrak Sanchez dan juga Ozil iaitu pada penghujung musim ini.

3 pemain AMC Arsenal bakal berakhir kontrak dipenghujung musim ini.
Dan Wenger sekali lagi menegaskan dimana keputusan mengenai tawaran kontrak baru terhadap Wilshere hanya akan diselesaikan pada bulan depan (Disember 2017).

"I've said many times, that will be decided in December."

"I wanted to give him six months not to think about that, and see where we go."

Siapakah yang bakal meninggalkan Arsenal dan siapakah yang akan kekal bersama Arsenal musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post