Pendedahan kehilangan Mesut Ozil ketika menentang Burnley


Kehilangan Mesut Ozil pada perlawanan menentang Burnley semalam mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat dan penyokong Arsenal.

Beliau sebelum itu menjalani latihan seperti biasa bersama skuad Arsenal serta menyertai pasukan Arsenal berkunjung ke Turf Moor bagi menghadapi perlawanan liga ke-13 menentang Burnley. 

Peminat dan penyokong Arsenal begitu teruja untuk melihat sekali lagi gandingan Mesut Ozil bersama Alexis Sanchez bagi membantu penyerang termahal Arsenal, Alexandre Lacazette bagi menggempur kubu Burnley.

Namun menjelang sepak mula perlawanan tersebut, kelibat beliau ataupun nama beliau tidak berada didalam senarai pemain yang bakal beraksi pada perlawanan tersebut.

Ini mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat dan penyokong Arsenal mengenai kehilangan beliau.


Mesut Ozil, sebelum itu juga dikaitkan dengan perpindahan dengan terdapat laporan yang mengatakan dimana beliau telah mencapai persetujuan bersama Barcelona.

Walaupun dakwaan tersebut dinafikan Wenger, namun kehilangan beliau pada menjelang perlawanan menentang Burnley menguatkan khabar angin ini (perpindahan).

Pun begitu, Wenger telah menjelaskan dimana kehilangan Ozil ini disebabkan masalah kesihatan yang turut memaksa beliau (Wenger) memanggil pemail remaja Arsenal iaitu Ainsley Maitland-Niles untuk menyertai skuad menentang Burnley disaat akhir bagi melengkapkan senarai 18 pemain yang bagi perlawanan tersebut.
He travelled up with us, then travelled back. We brought Maitland-Niles up who arrived at 1pm because we had only 17 players.
Mengulas lanjut mengenai keadaan Ozil, Wenger tidak dapat memberikan penjelasan lanjut  mengenai tahap kesihatan Ozil memandangkan beliau belum lagi berkesempatan menemui bintang Jerman itu.
I don’t know, I haven’t even seen him.The doctor came to see me and said he (Ozil) had to travel back home, he was in the hotel with us.
Ozil yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan kemudiannya berlepas pulang ke London setelah mendapat kebenaran doktor (pasukan perubatan Arsenal) dan Wenger dijangka menemui beliau bagi mengetahui perkembangan pemain tersebut disamping mendapatkan khidmat nasihat pasukan perubatan Arsenal.

Wenger turut menjelaskan dimana peluang Ozil untuk beraksi menentang Huddersfield juga bergantung kepada keputusan perubatan yang bakal dikemukan kepada beliau nanti.

Burnley vs Arsenal

Walaupun tanpa Ozil, Arsenal berjaya membawa tiga mata berharga setelah berjaya menewaskan Burnley 1-0.

Pemain Arsenal meraikan gol kemenangan yang dijaringkan Sanchez.
Dan Wenger turut memuji barisanan pertahan Arsenal yang diketuai oleh Koscielny bersama Mustafi dan Monreal.

Kemenangan Arsenal malam tadi dan dibantu dengan keputusan seri Spurs menentang West Brom (1-1) meletakan Arsenal kini berada ditangga keempat liga.
After the win against Tottenham, it was important to go away a win and that’s what we did, we kept a clean sheet. Burnley were really up for it. We won 1-0 and I want to congratulate my three centre-backs. - Arsene Wenger

Post a Comment

Previous Post Next Post